.

.

.

.
HOT ITEM - Pewangi Kereta / RM1.20 @ RM2 @ RM2.90 / 5ml / whatsapp 0176760983 utk info lanjut

.

.
Bau Pewangi Kereta paling laris!

.

.
Isian semula/Refill Pewangi Kereta/Rumah / 250ml / 40 Jenis bau / Whatsapp utk harga murah

.

.

.

.
Instagram: pewangi7

.

.

.

.
Pewangi Kereta/Rumah - Pandan

.

.
RM1.70

.

.
Pewangi Badan / 2ml / RM1 / Pelbagai jenis wangian & Kasturi Kijang

.

.
Minyak Wangi 100ml

.

.

.

.
RM2

.

.

.

.
Spray 30ml

Tuntutan Prinsip Tolong- Menolong
Ditulis oleh Mohamad A'sim bin Ismail.

Tolong menolong merupakan satu keperluan dalam kehidupan kita.  Sebagai manusia yang mempunyai kemampuan yang berbeza-beza, kelebihan kita dalam suatu perkara dapat memberi manfaat bukan sahaja kepada diri sendiri bahkan orang lain yang memerlukan.  Begitu juga kelebihan orang lain akan memberi kebaikan kepada kita.

Untuk mewujudkan hubungan yang harmoni dan saling lengkap-melengkapi sesama manusia maka manusia memerlukan antara satu sama lain.  Jadi antara konsep penting yang perlu ada dalam perhubungan sesama manusia ialah tolong-menolong.  Dalam kamus Dewan Edisi Keempat konsep bertolongan ini membawa maksud bantu-membantu, saling membantu. 

Dari segi agama, Islam menuntut manusia tolong-menolong dalam perkara yang memberi kebaikan kepada mereka.  Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 2, maksudnya:

"...Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).

Ibn Khathir menjelaskan bahawa ayat ini menerangkan suruhan Allah SWT kepada orang mukmin untuk saling bantu-membantu melakukan kerja-kerja yang baik dan bertakwa menjauhi perkara yang mungkar serta melarang mereka daripada melakukan perkara yang batil, dosa dan maksiat.  Ibnu Jarir menegaskan bahawa pengertian dosa ialah tidak menunaikan perkara yang disuruh Allah SWT dan maksud pencerobohan dalam ayat di atas ialah melampaui had-had yang Allah SWT tetapkan dalam urusan agama dan melampaui ketetapan yang difardhukan ke atas diri manusia sendiri dan juga manusia yang lain.  

Ibn Khatir seterusnya menguatkan lagi penjelasan mengenai ayat di atas yang menunjukkan tabiat kehidupan ini dengan membawa dua buah hadis.  Hadis pertama diriwayatkan oleh Imam Ahmad, maksudnya "Seorang mukmin yang bergaul dengan manusia dan bersabar atas perlakuan mereka adalah lebih baik dan besar pahalanya daripada mukmin yang tidak bergaul dengan manusia dan tidak bersabar atas perilaku mereka." (Imam Ahmad).

Hadis kedua menyentuh keperluan untuk saling bantu membantu orang yang dizalimi dan juga menzalimi.  Baginda SAW bersabda maksudnya, "Tolonglah saudaramu yang menzalimi dan yang terzalimi".  Maka para sahabat bertanya, "Menolong yang terzalimi memang kami lakukan, tapi bagaimana menolong orang yang melakukan zalim?".  Rasulullah SAW menjawab, "Mencegahnya daripada terus menerus melakukan kezaliman itu bermaksud engkau telah menolongnya." (Imam Bukhari dan Muslim).

Imam al-Qurtubi dalam kitab tafsirnya menerangkan bentuk prinsip am ta'awun melalui contoh seorang alim membantu manusia dengan ilmunya, seorang kaya membantu orang lain dengan hartanya, seorang yang berani membantu dengan keberaniannya berjuang di jalan Allah SWT.  Setiap manusia saling menghulurkan bantuan kepada orang lain mengikut kemampuannya.  Ini merupakan puncak kepada tuntutan akhlak yang ingin disampaikan oleh ayat di atas untuk manfaat manusia.

Dalam sejarah Islam sikap tolong menolong dapat kita ambil teladan daripada para sahabat.  Ketika kaum Muhajirin berhijrah ke Madinah, kaum Ansar memperlihatkan sikap bantu-membantu yang luar biasa terhadap saudara mereka daripada kalangan kaum Muhajirin.  Abdul Rahman bin Auf yang tidak mempunyai sebarang harta lagi bersaudara dengan seorang daripada kaum Ansar iaitu Sa'ad bin Rabi'.  Sa'ad menawarkan untuk membahagikan separuh daripada hartanya kepada Abdul Rahman tetapi ditolak cuma hanya meminta ditunjukkan jalan ke pasar.  Dari situlah Abdul Rahman mula berdagang mentega dan keju.  Dengan keahlian berdagang yang ada padanya dalam tempoh yang tidak lama beliau kembali menjadi seorang yang berharta  dan mencapai kekayaannya kembali.

Dalam kontek kita di Malaysia, tolong-menolong yang unik ialah tabung khairat kematian yang masih menjadi amalan apatah lagi di kampung-kampung.  Ia timbul dari rasa ikhlas para penyumbang yang saling bertolongan untuk memudahkan kerja-kerja pengurusan kematian dan juga mengurangkan beban waris yang kematian ahli keluarga terdekat.  Tabung khairat kematian juga merupakan antara faktor yang mencetus kepada wujudnya sistem takaful di negara kita.

Jika dilihat sebaliknya, tolong-menolong dalam melakukan maksiat akan mengakibatkan semua mereka yang terlibat mendapat balasan yang buruk. 

Ini dapat kita lihat kepada mereka yang terlibat dengan arak.  Orang yang berdosa bukan sahaja peminum arak bahkan yang memerah anggur (untuk tujuan arak), yang minta diperah, penjualnya, pembelinya, pengantar minuman dan sebagainya.  Ini ditegaskan nabi SAW yang melaknat mengenai arak sepuluh golongan: (1) yang memerahnya, (2) yang minta diperah, (3) yang meminum, (4) yang membawanya (5) yang minta dihantarkan (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya." (Imam Tirmizi).

Begitu juga dengan tolong-menolong dalam hal riba.  Mereka yang mendapat kutukan bukan sahaja pemberi riba tetapi juga pencatat serta saksi-saksinya.

Daripada Jabir r.a. sesungguhnya Rasulullah SAW melaknat orang yang makan riba, yang memberikannya, pencatatnya dan saksi-saksinya. Kemudian baginda SAW bersabda, "Mereka semua adalah sama." (Imam Muslim).

Jadi konsep tolong-menolong dalam Islam ada had dan garis panduannya.  Sebagai orang Islam sudah tentu garis panduan ini perlu dijaga dan dihayati sebaiknya-baiknya.  Kita jangan pula sampai terlibat dan membantu sesuatu perkara jahat dan dosa untuk mengelakkan diri daripada terheret sama dalam perbuatan dosa tersebut.

Jika dilihat dalam industri muamalah atau kewangan Islam di Malaysia unsur tolong menolong yang menjadi tuntutan Islam perlu dihayati bukan sahaja semata-mata menjadi panduan bertulis dalam dokumentasi dan seumpamanya.  Industri takaful khasnya yang bergerak di bawah prinsip tolong-menolong perlu memelihara konsep saling bantu-membantu ini sejajar dengan tuntutan Islam.  Pemain industri perlu mengimbangi operasi mereka yang berorientasikan keuntungan sehingga tidak mengorbankan prinsip tolong-menolong yang sebenar seperti tuntutan agama Islam.

.

.