.

.

.

.
HOT ITEM - Pewangi Kereta / RM1.20 @ RM2 @ RM2.90 / 5ml / whatsapp 0176760983 utk info lanjut

.

.
Bau Pewangi Kereta paling laris!

.

.
Isian semula/Refill Pewangi Kereta/Rumah / 250ml / 40 Jenis bau / Whatsapp utk harga murah

.

.

.

.
Instagram: pewangi7

.

.

.

.
Pewangi Kereta/Rumah - Pandan

.

.
RM1.70

.

.
Pewangi Badan / 2ml / RM1 / Pelbagai jenis wangian & Kasturi Kijang

.

.
Minyak Wangi 100ml

.

.

.

.
RM2

.

.

.

.
Spray 30ml

KEMANAKAH HALA TUJU ANDA LEPASAN SPM? 

Destinasi Bagi Lepasan SPM 

Kebanyakan pelajar lepasan SPM masih tercari-cari destinasi dan hala tuju kerjaya masing-masing selepas SPM. Sukar untuk 

membuat keputusan terbaik yang bakal menentukan masa depan anda sendiri. Di sini apa kata anda baca sedikit informasi mengenai pilihan kerjaya anda selepas SPM. 

1. Universiti Pelajar-pelajar yang mendapat keputusan 
yang cemerlang dalam SPM sudah pasti memilih universiti sebagai destinasi pengajian mereka selepas SPM nanti. Jika anda ingin ke universiti, anda haruslah memohon UPU lepasan SPM/setaraf sebelum ditawarkan program diploma atau asasi di mana-mana Universiti Awam (IPTA) di Malaysia. Selepas itu anda boleh teruskan pengajian ke peringkat ijazah. 

2. Program Matrikulasi 

Sekiranya anda tidak berjaya mendapat tempat dalam program asasi melalui UPU, anda masih boleh menyambung pengajian asas di kolej-kolej matrikulasi dalam bidang Sains, Perakaunan dan Teknikal. Sama saja dengan program asasi.

Jangka masa program yang ditawarkan ialah Program Satu Tahun (2 Semester) dan Program Dua Tahun (4 Semester). 

Aliran Sains: 

Modul | : Matematik, Kimia, Fizik, Biologi Modul || : Matematik, Kimia, Fizik dan Sains Komputer 

Modul |I| : Matematik, Kimia, Biologi dan Sains Komputer 

Aliran Perakaunan: Matematik, Perakaunan, Pengurusan Perniagaan dan Ekonomi 

Aliran Teknikal: Matematik, Kimia Kejuruteraan, Fizik Kejuruteraan, dan Pengajian Kejuruteraan 

Di samping mata pelajaran bidang pengkhususan, mata pelajaran berikut wajib diambil oleh semua pelajar iaitu Bahasa lnggeris, Kemahiran Dinamika dan Pendidikan Islam/Moral. Semua pelajar Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia diwajibkan mengambil satu daripada mata pelajaran kokurikulum berikut sama ada Sukan/Permainan, Persatuan/Kelab atau Kawad Kaki.

Selepas habis program matrikulasi, anda boleh mohon UPU Iagi untuk lepasan STPM/setaraf di mana anda akan memilih kursus untuk pengajian ijazah anda. Ramai pelajar-pelajar dari program matrikulasi yang memperolehi keputusan cemerlang dalam pelajaran mereka. 

3. Pengajian Luar Negara 

Pelajar-pelajar yang mendapat penajaan biasiswa akan melanjutkan pelajaran di luar negara. UK, USA, Australia, New Zealand, Indonesia, India, Japan, Korea, France, Egypt, Russia, Ireland dan Canada antara negara - negara yang menjadi pilihan bagi pelajarpelajar Malaysia. 

4. Politeknik

Di politeknik, anda boleh memohon program sijil atau diploma. Terdapat 34 politeknik di seluruh negara yang anda boleh pilih. Dengar dengar ada 3 politeknik yang bakal dinaik taraf menjadi universiti. Politeknik Ungku Omar (PUO) dan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) antara politeknik yang bagus dari segi akademiknya. 

5. Program Teknikal dan Latihan 

Banyak juga program yang ditawarkan di ILP dan ILJTM, MLPK dan sebagainya. Kursus kursus ditawarkan sijil kemahiran dan diploma kemahiran untuk perindustrian terutama di ILP, ADTEC , IKBN boleh menempatkan pelajar ke industri sebaik sahaja tamat pengajian kerana kemahiran yang diperolehi oleh pelajar lulusan institusi kemahiran tersebut khusus di bidang perindustrian. kerana itu walaupun tiga kredit kelulusan SPM untuk syarat umum tetapi tiga kredit itu kebanyakannya untuk kursus teknikal dan sains yg inginkan keputusan Matematik dan Sains / teknikal / ialah kredit. Kursus-kursus yang ditawarkan lebih berfokus mengenai kemahiran tertentu dan ada yang tidak terdapat dalam senarai kursus di Universiti Awam mahupun IPTS bagi 
kemahiran-kemahiran khusus. Oleh kerana itu lulusan pusat Iatihan ini mempunyai permintaan di dalam industri. Selain bekerja dalam bidang perindustrian, anda juga boleh menjadi tenaga pengajar di mana-mana kolej teknikal dan vokasional dengan mengambil kursus VTO di CIAST. 

6. Kolej-kolej Swasta 

Kalau beli surat khabar sekarang ni, ada banyak iklan-iklan kolej Swasta. Tapi kena pandai pilihlah kolej mana yang bagus dan sesuai. Kalau anda mahu teruskan pengajian ke kolej, anda boleh masuk kolej-kolej yang ada nama sikit seperti Kolej Mahsa atau Masterskill. Nanti masuk kolej yang tak diiktiraf MQA (dahulunya LAN), susah nak dapat kerja.

7. Tingkatan 6 (PraU)

Ramai pelajar-pelajar lepasan SPM menjadikan tingkatan 6 sebagai destinasi terakhir mereka selepas SPM. Kenapa tingkatan 6 kurang popular? Bila masuk tingkatan 6, rasa macam budak-budak sekolah lagi kan? Kena pakai uniform sekolah, kena pergi ke sekolah, ada perhimpunan dan sebagainya. Tak macam di universiti, matrikulasi atau kolej yang ada sedikit kelonggaran. Tapi sedar tak sedar, STPM juga berharga sebenarnya. Kalau mohon UPU untuk STPM/setaraf, pelajarpelajar lepasan STPM diberi keutamaan dulu berbanding pelajar-pelajar lepasan diploma dan matrikulasi. 

8. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)

Ramai yang tidak tahu kewujudan website SPA dan ada juga yang tak tahu Iangsung pasal SPA ini. Anda mohon kerja-kerja tertentu seperti jururawat, juru x-ray, juruaudit, juruukur dan sebagainya. Jika permohonan anda berjaya, anda akan ditemuduga. Lepas lulus temuduga anda seterusnya akan dapat melanjutkan pengajian di mana-mana kolej yang ditawarkan. 

9. Kursus Latihan Ketenteraan dan ALAM 

Bagi sesiapa yang berminat dengan aktiviti Iasak serta tahan dengan cabaran dan dugaan fizikal yang tinggi, bolehlah membuat permohonan pengajian ke Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Apabila anda berjaya melanjutkan pengajian di UPNM, ada 2 jenis latihan ketenteraan iaitu Latihan Ketenteraan bagi Pegawai Kadet UPNM dan Latihan Ketenteraan bagi Pelajar Awam (PALAPES). UPNM mengambil 2 kategori pelajar iaitu Pegawai Kadet dan Pelajar Awam. Pegawai Kadet ditaja sepenuhnya oleh Angkatan Tentera Malaysia, diberi elaun dan lain-Iain bantuan seperti pakaian, makan dan minum. Namun Pegawai Kadet tertakluk kepada Akta Angkatan Tentera 1972 serta perlu menjalani Latihan Ketenteraan semasa mengikuti pengajian di UPNM. Manakala sebagai Pelajar Awam, pelajar akan ditanggung oleh PTPTN (dengan syarat perlu memohon) ataupun penaja kewangan lain seperti MARA, JPA, Kerajaan Negeri dan sebagainya tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh badan pembiaya tersebut. Pelajar Awam tidak menjalani Latihan Ketenteraan tetapi perlu mematuhi kehidupan berdisiplin semasa berada di UPNM.

Kepada yang berminat untuk melibatkan diri dengan dunia pekerjaan laut yang menoabar, bolehlah mohon Akademi Laut Malaysia (ALAM) iaitu Diploma Pengajian Nautika dan Diploma Kejuruteraan Marine. 

10. Kursus Penerbangan 

Mesti ramai yang berminat dengan kursus ini. Kursus ini merangkumi kerjaya seperti juruterbang, pramugara, pramugari dan ahliahli biasa di kawasan Iapangan penerbangan. Kerjaya seperti juruterbang, pramugara dan pramugari ini lebih kepada di awangan biru manakala ahli biasa lebih kepada proses teknikal di kawasan Iapangan penerbangan. 

Terdapat 5 buah sekolah penerbangan swasta iaitu: 

1) Malaysia Flying Academy Sdn Bhd (MFA), Melaka 

2) HM Aerospace Sdn Bhd (HMA), Langkawi

3) Asia Pacific Flight Training Sdn Bhd (APFT) Sdn Bhd, Kota Bharu 

4) Austral Academy Sdn Bhd (AASB), Sandakan 

5) KIST Aviation Academy Sdn. Bhd. (KAASB), Kuala Terengganu 

Pelatih akan dinilai dan dianugerahkan lesenlesen seperti Private Pilot Licence (PPL), Commercial Pilot Licence (CPL) dan Airline Transport Pilot Licence (ATPL). 

11. lnstitut Pendidikan Guru (IPG) dan Program ljazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) 

Bagi mereka yang berminat menceburi bidang perguruan bolehlah memohon kerjaya ini. Kerjaya ini sememangnya menjanjikan kepuasan kerana kita dapat berbakti kepada anak bangsa sendiri kelak. Walaupun agak mencabar serta bebanan tugas yang bakal ditempuhi, perkara ini umpama seperti alah bisa tegal biasa. Jadi bekerjalah dalam mendidik anak bangsa sehingga berjaya dan berguna untuk masyarakat dan negara kelak. 

Pada 13 Julai 2005, Jemaah Menteri telah meluluskan 27 buah Maktab Perguruan di Malaysia dinaik taraf kepada Institut Pendidikan Guru (IPG). Daripada institusi yang hanya mengeluarkan graduan bertaraf diploma dan sijil, kini institusi ini telah mendapat mandat yang melayakkannya menganugerahkan ijazah Sarjana Muda
Perguruan. Implikasi naik taraf ini menjadikan IPG sebuah institusi pendidikan tinggi yang bertaraf universiti. Selaras dengan perubahan taraf tersebut, IPG telah melaksanakan program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Graduan sulung IPG telah pun menamatkan pengajian mereka dan menerima ijazah Sarjana Muda Perguruan pada tahun 2011. 

Di Universiti Pengajian Tinggi Awam (IPTA) juga ada menawarkan kursus Pendidikan kepada pelajar seperti di UiTM, UKM dan UPM. Anda akan dapat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pendidikan yang anda minati. 

**************** 

Berikut adalah ranking terbaru 50 Universiti Terbaik di Malaysia pada tahun 2015 yang merangkumi Universiti Awam (IPTA) dan Universiti Swasta (IPTS) :

1. Universiti Putra Malaysia (UPM) 
2. Universiti Sains Malaysia (USM) 
3. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 
4. Universiti Malaya (UM) 
5. Universiti Kebangsaan Malaysia / National 
University of Malaysia (UKM)
6. Universiti Teknologi MARA (UiTM) 7. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) 
8. International Islamic University of Malaysia (IIUM) 
9. Al Madinah International University (MEDIU) 
10. Universiti Utara Malaysia (UUM) 

11. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) 
12. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 13. Multimedia University (MMU) 
14. Universiti Malaysia Pahang (UMP) 
15. Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
16. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) 
17. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
18. Universiti Teknologi Petronas (UTP) 
19. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
20. University of Nottingham Malaysia 
21. Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
22. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
23. Open University Malaysia (OUM) 
24. International Medical University (IMU)
25. Monash University Malaysia 
26. Universiti Malaysia Kelantan (UMK) 
27. Universiti Kuala Lumpur (UniKL) 
28. Taylor's University College 
29. New INTI College 
30. Universiti Sultan Zainal Abidin (Universiti Darul Iman Malaysia) (UniSZA) 
31. Universiti Industri Selangor (UNISEL) 
32. Sunway University College 
33. Help University College 
34. University of Malaya Medical Center 
(UMMC)
35. Curtin University of Technology Sarawak Campus 36. Selangor International Islamic University College (KUIS) 
37. Kolej Poly Tech MARA (KPTM) 
38. Wawasan Open University (WOU) 
39. Limkokwing University of Creative Technology (LUCT)
40. International Centre for Education in Islamic Finance (INCEIF) 
41.SegiCoHege
42. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) 
43. Asia e University (AeU) 
44. Tunku Abdul Rahman College (KTAR) 
45. KDU University College Damansara Kuala Lumpur 
46. KBU International College 
47. Asia Pacific Institute of Information Technology Malaysia (APIIT) 
48. UCSI University
49. Swinburne University of TechnologySarawak Campus 
50. Olympia College Malaysia

Kopinpes

.

.