.

.

.

.
HOT ITEM - Pewangi Kereta / RM1.20 @ RM2 @ RM2.90 / 5ml / whatsapp 0176760983 utk info lanjut

.

.
Bau Pewangi Kereta paling laris!

.

.
Isian semula/Refill Pewangi Kereta/Rumah / 250ml / 40 Jenis bau / Whatsapp utk harga murah

.

.

.

.
Instagram: pewangi7

.

.

.

.
Pewangi Kereta/Rumah - Pandan

.

.
RM1.70

.

.
Pewangi Badan / 2ml / RM1 / Pelbagai jenis wangian & Kasturi Kijang

.

.
Minyak Wangi 100ml

.

.

.

.
RM2

.

.

.

.
Spray 30ml

GUA BATU GRANIT 2.3km TERPANJANG DI MALAYSIA

Settle sudah satu lagi trip di awal 2014 ni.. Trip kawan untuk kawan-kawan ke gua yang paling aku sayang, Gua Batu Maloi. Kali ni merupakan kali ke-4 aku ke sini dan kali ini aku membawa kawan baik aku dari UiTM Shah Alam dan outdoor buddy aku dari UiTM Kuala Pilah juga rakan sepergunungan aku dari Polis Melaka. Seramai 21 orang kesemuanya. Tapi punya laa susah nak handle diorang ni.. Hyperactive.. Suruh bawa headlamp, diorang tak nak, nak cabaran kononnya. Mujur tiada apa perkara buruk yang berlaku.. Maaf kalau entry kali ni tak banyak cerita..cakap banyak pun tak guna, tengok je laa gambar yang sempat diambil..Yang sempat je laa..

Sebelum bercerita lebih lanjut, suka untuk diceritakan sedikit info gua ni.. Gua Batu Maloi terletak di Kampung Tanggai, Johol, Negeri Sembilan. Gua ni bukan lah macam gua-gua lain di Malaysia yang merupakan gua batu kapur. Gua Batu Maloi merupakan gua yang terbentuk daripada susunan batu granit yang terdapat laluan di celah-celah batu ini. Laluan ini boleh dikatakan 80% kawasan berair (melawan arus sungai). Tempoh penjelajahan gua ini sekitar 3-4 jam bergantung kepada keadaan peserta atau keadaan alam. Track gua ini pula sering berubah kerana batu-batu tersebut akan berubah hasil tolakan arus sungai yang laju terutama setiap kali hujan lebat. Gua ini merupakan gua batu granit terpanjang di Malaysia sepanjang 2.3 kilometer dan mempunyai 24 check point. Sepanjang gua ini, peneroka perlu meredah track yang agak sukar. Melompat,merangkak, menyiarap, menggelongsor, menyelam, memanjat semua kene buat dalam air.  Terdapat beberapa check point menarik kerana bentuk batu dan mitos yang akan disajikan kepada penjelajah gua ini.

Lebih kurang jam 12 tengah hari, kami memulakan penerokaan ini. Penerokaan ini bermula dengan merentas sungai hingga di pintu masuk gua ini. Masa ni pun dah ade yang mengadu kasut basah, takut lintah (walaupun tak de lintah) dan ade juga yang kata “tak hardcore langsung”.. ini baru permulaan.. CP1 pun tak sampai lagi. Then, kami caving lagi sampai ke check point Gua Kapal Layar atau Gua Dewan. Sepanjang ke tempat ni, aku macam biasa, sibuk mencari katak Batu yang bersepah dalam gua ni. Nak bagi kat bebudak perempuan ni. Katak di dalam gua ni memang tak reti erti ketakutan. Dia takkan lari kalau orang nak tangkap dan kadang kala orang tak perasan kehadiran katak ini kerana teknik penyamaran katak ini menyerupai batu. Tau-tau kita dah pegang dia. Katak ini boleh membesar hingga sebesar helmet. Di Gua Kapal Layar, terdapat  batu berbentuk layar pada kapal. Namun begitu, bentuk layar tersebut terbelah dua akibat kesan gempa bumi. Kawasan tersebut boleh memuatkan sekitar 200 orang dan sebab tu laa gua tersebut juga dipanggil Gua Dewan.

Then, kami meneruskan penerokaan hingga ke check point Gua Dewa Maloi. Tiba di Gua Dewa Maloi, terdapat imej dewa di salah sebuah batu di kawasan tersebut. Jurupandu arah menerangkan sebab terhasilnya imej dewa di batu tersebut. Suatu ketika dahulu, imej tersebut tidak wujud. Namun, apabila hujan, air yang meleleh di bumbung gua tersebut menitik ke batu tersebut dan kerana batu tersebut merupakan batu granit, lelehan air tersebut menjadi stalakmit dan imej tersebut terhasil. Semakin lama, semakin besar. Dan kini, sudah ada satu lagi imej di sebelahnya seperti seorang wanita. Nama ‘dewa’ diberi oleh seorang sami Buddha dari Thailand (kalau tak silap) yang pernah bermimpi kewujudan imej tersebut di gua ini. Sami tersebut datang ke gua ini untuk melihat sendiri imej tersebut. Namun begitu, ini semua hanyalah secara kebetulan semata-mata.

Kemudian, kami meneruskan ke check point yang aku pon tak ingat..hehe..tapi tempat berehat laa..kat luar gua. Sepanjang laluan ini pula, ada laa dapat sekor dua kata.. tapi anak dia je.. dan kami disajikan dengan sebuah batu berbentuk tempayan yang sangat besar dan batu tersebut dinamakan Batu Tempayan. Then, kami meneruskan perjalanan masuk semula ke gua hingga habis kesemua 24 check point.

Penjelajahan ini diakhiri dengan penemuan seketul batu yang sangat besar, berketinggian hampir 30 meter. Batu ini dipanggil Batu Maloi yang merupakan spesis batu granit juga di mana ia akan membesar. Batu ini diselubungi dek lumut namun ada bahagian yang tidak berlumut dan bewarna putih. Bahagian itu dikatakan pintu batu ini. Menurut mitos, suatu ketika dahulu batu tersebut juga merupakan gua yang didiami oleh bunian. Dan Maloi (nama sebenarnya ialah Malai) merupakan orang asli tempatan dipercayai berkahwin dengan makhluk tersebut dan tinggal di gua tersebut. Maka, orang tempatan sering meminjam barang daripada Maloi seperti pinggan mangkuk dan periuk belanga untuk kenduri kahwin kerana bunian pasti ada barang-barang tersebut. Barang yang dipinjam harus dipulangkan, Namun begitu, ada yang pulangkan dalam keadaan pecah, rosak da nada yang tidak memulangkan langsung. Maloi kecewa lalu menutup pintu tersebut buat selama-lamanya. Dan kawasan putih itu adalah pintunya. Ini Cuma mitos tau..jangan taksub pula... Keunikan lain kawasan ini ialah terdapat empat batang pokok damar (yang getahnya dijadikan kemenyan) yang tumbuh semulajadi di setiap penjuru batu ini. Selain itu, di atas batu ini terdapat pokok pisang tunjuk langit yang unik kerana buahnya bewarna hijau, kuning dan merah dan susunannya seperti traffic light. Namun begitu, pisang tersebut jarang berbuah.

Gua ini memang menjanjikan cabaran yang menarik sambil berpeluang menikmati alam ciptaan tuhan. Haiwan dalam guan i selalunya akan lari bila orang dating tapi katak dan ikan tak kan lari. Haiwan yang pernah aku jumpa ialah katak, ular, kelawar, kalajengking, ikan tengas, labah-labah spesis ape tah besar semacam je dan serangga lain. Namun begitu, sedih.. kita hidup dalam masyarakat yang bertamadun, diajar pendidikan sivik dan sebagainya di rumah mahupun di sekolah, tapi masih ada masyarakat yang tidak bertanggungjawab dengan membuang sampah merata-rata mencemarkan alam semulajadi dan ekosistem di kawasan ini… : (

That’s all for this entry…walaupun di awal entry aku kata malas nak tulis panjang-panjang tapi last-last panjang juga..sebab gua ini terlalu banyak cerita menarik sampai aku pun tak dapat tulis semua. Nak tau apa yang menarik lagi, try laa gua ni.. memang nice..!!

Sumber : krelhiker

Pemandu pelancong
En Nazri : 0122577137 / 0176345771

.

.