.

.

.

.
HOT ITEM - Pewangi Kereta / RM1.20 @ RM2 @ RM2.90 / 5ml / whatsapp 0176760983 utk info lanjut

.

.
Bau Pewangi Kereta paling laris!

.

.
Isian semula/Refill Pewangi Kereta/Rumah / 250ml / 40 Jenis bau / Whatsapp utk harga murah

.

.

.

.
Instagram: pewangi7

.

.

.

.
Pewangi Kereta/Rumah - Pandan

.

.
RM1.70

.

.
Pewangi Badan / 2ml / RM1 / Pelbagai jenis wangian & Kasturi Kijang

.

.
Minyak Wangi 100ml

.

.

.

.
RM2

.

.

.

.
Spray 30ml

8 TINDAKAN SEJURUS KEMALANGAN JALAN RAYA.

kemalangan jalan raya
Polisi insurans kereta anda hanya meliputi pembaikan yang dilakukan di bengkel yang diluluskan sahaja. Oleh itu, sentiasa tunggu kedatangan ejen / trak tunda yang disediakan oleh syarikat insurans anda kerana mereka lebih arif tentang bengkel yang bersesuaian dengan polisi anda.

Jangan sesekali mendapatkan perkhidmatan ejen insurans pihak-ketiga yang pasti pantas tiba di lokasi kemalangan.

Apakah tindakan anda sekiranya terlibat dalam kemalangan jalan raya serius yang memerlukan laporan polis dan tuntutan insurans? Panduan ringkas ini akan menunjukkan kepada anda langkah-langkah yang perlu diambil apabila berlakunya kemalangan jalan raya:

1. Periksa kerosakan kenderaan anda sejurus selepas kemalangan. Pastikan sama ada kenderaan anda masih boleh dipandu. Jika tidak, hubungi ejen insurans kereta anda untuk mendapatkan perkhidmatan trak tunda.

2. Ambil gambar tempat kejadian serta kenderaan yang terlibat dalam kemalangan.

3. Dapatkan maklumat kenderaan (nombor pendaftaran, buatan dan model kereta, warna) yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

4. Bertukar butiran peribadi dengan pemandu yang terlibat dalam kemalangan (nama penuh, nombor MyKad, nombor lesen memandu, maklumat perhubungan).

5. Teruskan ke balai polis dalam tempoh 24 jam bermula dari masa kemalangan. Sekiranya kereta anda tidak boleh dipandu, pemandu trak tunda anda harus menunda kenderaan anda ke balai polis dan bukannya ke bengkel.

6. Buat laporan polis di balai, di mana kenderaan anda akan diperiksa dan diambil gambar oleh pihak polis. Pastikan anda mendapatkan salinan laporan polis tersebut.

7. Setelah itu, pandu atau pastikan kereta anda ditunda ke bengkel yang diluluskan oleh syarikat insurans anda.

8. Di bengkel, bekerjasama dengan kakitangan pentadbiran untuk melengkapkan prosedur pemberitahuan / tuntutan dengan syarikat insurans anda.

.

.