.

.

.

.
HOT ITEM - Pewangi Kereta / RM1.20 @ RM2 @ RM2.90 / 5ml / whatsapp 0176760983 utk info lanjut

.

.
Bau Pewangi Kereta paling laris!

.

.
Isian semula/Refill Pewangi Kereta/Rumah / 250ml / 40 Jenis bau / Whatsapp utk harga murah

.

.

.

.
Instagram: pewangi7

.

.

.

.
Pewangi Kereta/Rumah - Pandan

.

.
RM1.70

.

.
Pewangi Badan / 2ml / RM1 / Pelbagai jenis wangian & Kasturi Kijang

.

.
Minyak Wangi 100ml

.

.

.

.
RM2

.

.

.

.
Spray 30ml



Golongan muda dan aktiviti lasak memang tidak dapat dipisahkan kerana mereka cenderung untuk mencuba pelbagai perkara yang memberi keseronokan dan mencabar dalam hidup.

Terbaharu sekumpulan anak muda tampil memperkenalkan aktiviti ‘rope swing’ di atas jambatan jalan Kuala Kubu Bharu-Fraser’s Hill yang pastinya mencabar keberanian pengemar aktiviti lasak.

Menurut Pengarah Utusan Rentas Adventures, Mohd Shafiq Azmi, 29 walaupun aktiviti ini baharu diperkenalkan namun sambutan yang diterima amat mengalakkan.

“Sehingga kini sambutan yang diterima amat memberansangkan khususnya daripada peminat sukan ekstrem hinggakan kami terpaksa menghadkan penyertaan.

“Buat masa ini penyertaan hanya dibuat secara ini secara berkala dan bergantung kepada permintaan,” katanya ketika dihubungi SuaraTV sebentar tadi.

Mohd Shafiq turut menjelaskan mereka amat menitikberatkan faktor keselamatan dengan

mastikan semua peralatan yang digunakan berada dalam keadaan yang baik sebelum melepaskan peserta melakukan terjunan.

“Sebelum melakukan aktiviti ini, kesemua peserta akan diberi taklimat keselamatan dan cara yang betul untuk terjun.

“Setelah taklimat mereka akan meneliti ikatan dan peralatan yang digunakan terlebih dahulu kerana ia tidak boleh dilakukan secara terburu-buru bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diinggini berlaku,” ujarnya lagi.

Paling menarik menurut Mohd Shafiq walaupun ada dikalangan peserta yang takut pada mulanya namun setelah mencuba mereka begitu teruja untuk kembali melakukan terjunan.

“Untuk mereka yang pertama kali mencuba aktiviti ini, ada yang mengalami emosi tidak menentu seperti takut, berdebar dan seperti ingin menangis namun, selepas mencuba keyakinan mereka semakin tinggi.

“Malah ada yang semakin berani untuk mencuba berulang kali, apa yang penting mereka yang ingin mencuba aktiviti ini perlu yakin dengan kemampuan diri sendiri dan bertenang,” katanya lagi.

.

.