.

.

.

.
HOT ITEM - Pewangi Kereta / RM1.20 @ RM2 @ RM2.90 / 5ml / whatsapp 0176760983 utk info lanjut

.

.
Bau Pewangi Kereta paling laris!

.

.
Isian semula/Refill Pewangi Kereta/Rumah / 250ml / 40 Jenis bau / Whatsapp utk harga murah

.

.

.

.
Instagram: pewangi7

.

.

.

.
Pewangi Kereta/Rumah - Pandan

.

.
RM1.70

.

.
Pewangi Badan / 2ml / RM1 / Pelbagai jenis wangian & Kasturi Kijang

.

.
Minyak Wangi 100ml

.

.

.

.
RM2

.

.

.

.
Spray 30ml

"SAYA AKAN KONGSIKAN 10 NASIHAT INI KEPADA KAMU"

Pada musim panas yang Ialu, Siebold berpindah ke rumah baru yang bernilai Iebih $1.5juta di Lake Lanier, North Georgia.

Sewaktu hendak ke kereta mewah beliau, seorang pekebun berhenti buat kerja dan merenung beliau. Renungan itu bercampur perasaan kagum, dan sedikit rasa tak puas hati. Siebold, yang sedar akan pandangan tajam pekebun itu, mula menegur pekebun itu.

Ini adalah perbualan yang amat berharga untuk kita baca.

Siebold: Adakah semuanya okay?

Soalan beliau dibalas pantas oleh pekebun itu. Dengan
muka yang jelas tunjukkan rasa tak puas hati dan dahi
yang berkerut, dia mula buka mulut.

Pekebun: Saya rasa dunia ini tak adiI. Tuan ada rumah yang besar. Kereta yang mewah. Sedangkan kami semua terpaksa bekerja seperti buruh kasar, hanya untuk dapatkan gaji yang lebih sedikit daripada gaji minimum.

Tindakan pekebun itu hanya buat Siebold tersenyum. Beliau berjalan ke arah pekebun itu, dengan harapan, beliau dapat kongsikan sesuatu yang amat berharga.
Tiba masa beliau beri jawapan kepada pekebun itu.

Siebold: Kalau Tuan nak tahu, saya sama sahaja seperti Tuan. Hidup saya tak selalu indah belaka. Ada masa, saya jatuh ke tanah juga.

Pekebun itu, terkejut dengan jawapan Siebold, mula tukar mimik muka yang menunjukkan rasa hairan, bercampur rasa ingin tahu. Siebold teruskan bicara
dengan tenang.

Siebold: Ada satu masa, saya pernah berhutang Iebih
$50,000. Ketika itu, saya rasa diri ini tak berguna. Namun, dengan usaha, saya berjaya keluar daripada
masalah itu.

Kali ini, pekebun itu tercengang. Perkongsian Siebold itu benar-benar menyentuh hati dan perasaan beliau. Pekebun itu membalas kenyataan Siebold dengan soalan yang bakal mengubah hidup beliau 360 darjah.

Pekebun: Saya mahu belajar daripada Tuan. Apakah nasihat Tuan untuk saya, agar saya boleh ubah kehidupan saya menjadi Iebih baik?

Siebold tersenyum, kerana beliau dapat rasa yang pekebun ini akan berubah menjadi seorang yang berjaya. Tanpa buang banyak masa, beliau menjawab:

Siebold: Saya akan kongsikan 10 nasihat ini kepada kamu. Dengan harapan, kamu faham dan ambil tindakan pantas selepas ini.

Pekebun itu angguk berkaIi-kali sebagai tanda setuju. Beliau mula memasang telinga untuk dengar nasihat yang bakal Siebold berikan:

1. Dalam ekonomi pasaran bebas sekarang, semua orang boleh buat duit sebanyak mungkin, tanpa sebarang had.

2. Latar belakang, tahap pendidikan, atau tahap IQ bukan sebab untuk buat duit lebih banyak.

3. Cara terpantas buat duit adalah dengan selesaikan masalah orang. Semakin besar masalah yang kita selesaikan, lebih besar peluang kita buat duit.

4. Jangan dengar jika orang lain beritahu kita yang kita tak boleh capai impian kita. Amalkan sikap sentiasa bersyukur, dan kita berpeluang untuk jadi lebih kaya di masa hadapan.

5. Kita boleh buat lebih banyak duit, sebab ramai yang dah jadi bukti kepada perkara ini. Untuk ini, latih diri kita untuk berfikir secara besar. Jika boleh buat $100,000 atau $500,000, kenapa tak $1 juta?

6. Hapuskan rasa takut dan ”mindset” yang tak betul dalam diri. Latih diri melihat duit pada sudut yang positif. Duit boleh beri kita lebih banyak peluang, kebebasan, dan kemungkinan.

7. Jadi kaya bukanlah satu keistimewaan. la adalah hak setiap manusia. Jika anda boleh cipta nilai yang besar kepada orang lain, anda ada peluang untuk capai kekayaan seperti yang anda impikan.

8. Tak perlu tunggu kapal berlabuh. Anda tak akan jadi kaya kalau tunggu peluang datang. Mahu wang yang banyak? Mula bina kapal sendiri. Tak ada siapa yang dapat selamatkan kita kecuali diri kita sendiri.

9. Jangan risau tentang wang yang akan habis. Fokus bagaimana untuk buat lebih banyak wang. Risau pasal wang bukan cara untuk hidup dengan tenang. Letakkan tumpuan kita di tempat yang betul.

10. Berhenti beritahu diri sendiri yang jadi kaya adalah di luar kawalan kita. Hakikatnya, buat duit yang banyak bergantung kepada usaha kita sendiri. Selesai dengar nasihat Siebold, pekebun itu berkali-kali ucapkan terima kasih dengan sepenuh hati.

Sebelum Siebold kembali ke kereta, pekebun itu hulurkan tangan untuk bersalam. Daripada genggaman itu, beliau dapat rasakan penghargaan yang amat mendalam daripada pekebun itu.

.

.