.

.

.

.
HOT ITEM - Pewangi Kereta / RM1.20 @ RM2 @ RM2.90 / 5ml / whatsapp 0176760983 utk info lanjut

.

.
Bau Pewangi Kereta paling laris!

.

.
Isian semula/Refill Pewangi Kereta/Rumah / 250ml / 40 Jenis bau / Whatsapp utk harga murah

.

.

.

.
Instagram: pewangi7

.

.

.

.
Pewangi Kereta/Rumah - Pandan

.

.
RM1.70

.

.
Pewangi Badan / 2ml / RM1 / Pelbagai jenis wangian & Kasturi Kijang

.

.
Minyak Wangi 100ml

.

.

.

.
RM2

.

.

.

.
Spray 30ml

KENALI STROK & PENCEGAHAN

APA ITU STROK?

Strok sangat digeruni ramai dan dikenali sebagai salah satu punca kematian secara senyap. Penyakit strok tidak menunjukkan gejala2 yang teruk sehingga boleh dikesan awal. Sesiapa sahaja boleh mendapat strok termasuk kanak-kanak. Setiap tahun 40,000 rakyat Malaysia dianggarkan mengalami strok dan punca kematian yang ketiga terbesar di Malaysia selepas penyakit jantung dan kanser.

Bagaimana terjadi strok?

Strok adalah serangan yang terjadi secara mendadak pada otak akibat salur darah tersumbat atau pecahnya pembuluh darah otak. Strok berkaitan dengan pembuluh darah otak (serebrovaskular) yang disebabkan oleh kematian jaringan otak (infark serebral). Punca utama akibat penyumbatan, penyempitan atau pecahnya pembuluh darah yang menuju ke otak sehingga darah dan oksigen ke otak berkurang justeru menyebabkan berlakunya reaksi biokimia yang akan merosakkan atau mematikan sel-sel saraf otak.

AMARAN! STROK BOLEH MENYERANG DIMANA DAN SESIAPA SAHAJA!.

Kajian turut mendapati jumlah penderita strok di Malaysia semakin meningkat setiap tahun. Ada yang meninggal dunia disebabkan serangan strok dan ada juga yang terselamat tetapi menderita dan mengalami kecacatan serta hilang keupayaan kekal. Ramai juga penderita serangan strok ini lumpuh dan tidak berupaya menjalani kehidupan seperti sediakala. Justeru itu..pentingnya kita mengkaji sedikit sebanyak punca dan penyebab berlakunya serangan strok..sekurang-kurangnya kita dapat mengurangkan risiko SERANGAN STROK.

Pola pemakanan yang tidak sihat seperti mengambil minuman bersoda dan beralkohol, mengambil fast food dan junk food.

PUNCA UTAMA PENYAKIT

Ada dua faktor yang merupakan PUNCA strok iaitu risiko Medik dan risiko Perilaku (gaya hidup)

1. Faktor Risiko Medik
Faktor Risiko Medik yang menyebabkan atau meningkatkan risiko strok antara lain adalah disebabkan masalah hipertensi (tekanan darah tinggi), kolesterol, arteriosklerosis (pengerasan pembuluh darah), gangguan pada jantung, diabetes, riwayat strok dalam keluarga (faktor keturunan) dan migrain yang teruk (sakit kepala sebelah sahaja).

Menurut data statistik 80% penyebab strok adalah hipertensi dan arteriosklerosis.

2. Faktor risiko Perilaku
Faktor risiko perilaku pula disebabkan oleh

[✔] Gaya hidup seperti kurang aktiviti fizikal seperti senaman.

[✔] Pola pemakanan yang tidak sihat seperti mengambil minuman bersoda dan beralkohol, mengambil fast food dan junk food. Makanan-makanan ini ini diketahui mengandungi banyak bahan pengawet, pewarna dan juga perisa makanan.

[✔] Mereka yang kuat merokok

[✔] Mereka yang tidak menangani stress dengan baik. Bukan tidak boleh stress tapi jangan stress yang keterlaluan..ini boleh menyebabkan hati tak tenang..keadaan keseimbangan hormon juga boleh terganggu. Selain itu boleh menyebabkan tekanan darah meningkat.

Tanda-tanda utama serangan strok :-

• Rasa kebas atau kehilangan rasa pada muka, tangan atau kaki, terutama pada satu bahagian tubuh saja.
• Rasa bingung yang mendadak, sukar bertutur dan susah difahami pertuturannya.
• Sebelah mata atau kedua mata kabur secara mendadak.
• Sukar berjalan secara tiba-tiba, terhuyung-hayang serta hilang keseimbangan badan
• Pening kepala dengan teruk secara tiba-tiba tanpa diketahui sebabnya.

Selain itu juga harus dijelaskan juga, kemungkinan adanya tanda-tanda lain yang boleh terjadi yang perlu kita berwaspada:
• Rasa mual, panas dan sering muntah-muntah.
• Pengsan secara tiba-tiba ataupun tidak sedarkan diri.

Cara terbaik mencegah strok adalah dengan mengubah gaya hidup sihat

CARA MENCEGAH STROK

Cara terbaik mencegah strok adalah dengan mengubah gaya hidup sihat. Berikut adalah 10 langkah yang boleh diambil untuk menghindarkan diri dari serangan strok :-

1. Hindari atau hentikan kebiasaan merokok
Antara punca dinding pembuluh darah menjadi keras (atherosclerosis) adalah disebabkan oleh merokok. Antara kesan merokok akan menyebabkan gumpalan darah mudah terjadi.

2. Membuat pemeriksaan tekanan darah
Tekanan darah yang tinggi boleh menyebabkan tekanan berlebihan keatas pembuluh darah. Periksalah tekanan darah anda secara teratur untuk mecegah sebarang gejala.

3. Kendalikan Penyakit jantung & Mengawal Kolesterol
Mereka yang mengalami Penyakit Jantung ataupun Kolesterol tinggi dinasihatkan agar lebih berhati-hati kerana KEDUA SIMPTOM penyakit ini merupakan penyumbang terbesar kepada masalah strok

4. Atasi dan kendalikan stress sebaik mungkin
Stres dan depresi dapat menggangu keseimbangan tubuh badan.

5. Makanlah secara sihat.
Amalkan pengambilan makanan sihat. Banyakkan makan buah-buahan serta sayuran. Kurangkan makan daging merah kerana daging merah mengandungi lemak tepu yang tinggi yang menyebabkan pembuluh darah mengeras .

6. Kurangkan pengambilan garam
Pengambilan garam secara berlebihan boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah meningkat.

7. Mengawal Obesiti
Risiko mereka yang mengalami obesiti mendapat tekanan darah tinggi adalah lebih tinggi. Obesiti turut menyumbang kepada masalah penyakit jantung dan diabetes dan boleh membawa komplikasi strok.

8. Bersenam
Lakukan aktiviti fizikal seperti melalukan senaman dengan lebih kerap. Selain membantu menurunkan berat badan, aktiviti ini menjadikan jantung lebih sihat dan perjalanan darah lebih lancar.

9. Kurangkan pengambilan alkohol ataupun TERUS BERHENTI
Minuman beralkohol menaikkan tekanan darah secara mendadak..justeru itu elakkan mengambil minuman ini untuk mengelak komplikasi serangan strok.

10. Mencari Informasi Strok
Sentiasa peka dan dapatkan maklumat berkaitan strok, punca dan simptom terjadinya strok. Berhati-hati dengan pengambilan pil-pil ataupun ubat-ubatan yang dijual dipasaran seperti ubat perangsang seks dan pelangsing badan yang tidak berdaftar.

Setiap penyakit ada ubatnya..dan setiap penyakit ada tanda-tandanya..justeru..berwaspada terhadap sebarang simptom dan tanda awal strok pada diri kita..

Kesimpulannya…amalan gaya hidup sihat boleh mencegah pelbagai jenis penyakit serta pengambilan herba-herba yang berkualiti tinggi akan membantu kearah kehidupan yang lebih sihat.

.

.