.

.

.

.
HOT ITEM - Pewangi Kereta / RM1.20 @ RM2 @ RM2.90 / 5ml / whatsapp 0176760983 utk info lanjut

.

.
Bau Pewangi Kereta paling laris!

.

.
Isian semula/Refill Pewangi Kereta/Rumah / 250ml / 40 Jenis bau / Whatsapp utk harga murah

.

.

.

.
Instagram: pewangi7

.

.

.

.
Pewangi Kereta/Rumah - Pandan

.

.
RM1.70

.

.
Pewangi Badan / 2ml / RM1 / Pelbagai jenis wangian & Kasturi Kijang

.

.
Minyak Wangi 100ml

.

.

.

.
RM2

.

.

.

.
Spray 30ml

AJAIBNYA SEDEKAH

"Setiap dari kita sudah tentu pernah mengalami keadaan dihampiri oleh si peminta sedekah, pengutip derma hatta bertemu dengan kanak-kanak yang mengharapkan membeli barangannya sebagai sumbangan derma.

Ada masanya memang benar Iahir simpati terhadap golongan ini tetapi ada masa juga terdetik di hati kita, "Betul ke tipu ni!" Saya juga pernah mengalami situasi yang sama.

Pernah dihampiri oleh seorang lelaki (mulanya saya ingatkan dia nak tanya arah ke), rupa-rupa hajatnya nak minta wang atas alasan dia telah diberhentikan kerja dan sedang mencari kerja Iain untuk menyara keluarga, siap tunjuk pada saya IC anak-anak dia. Macam-macam situasi yang saya pernah berdepan, ada yang minta duit sebab tak ada tambang nak balik rumah, ada yang minta sebab tak ada duit nak makan, ada pulak yang kata nak pergi repair kereta tapi duit tak berapa cukup.

Saya turut juga bertemu dengan seorang pelarian Myanmar yang datang minta derma, siap tunjuk surat pengesahan dari UNHCR Iagi. Yalah dah kita perempuan, dah tahu mereka datang nak minta derma terus saja bagi apa yang ada, yang penting suruh mereka cepat-cepat pergi, risau pulak kalau jadi perkara yang tak elok. Kemudian, counter balik dalam hati niat ikhlas sedekah pada mereka.

Itulah realiti kehidupan, walau apa pun situasi, lebih baik sebenarnya kita bersangka baik dan niatkan bersedekah ikhlas kerana Allah. Moga-moga Allah menerima sedekah kita itu sebagai ibadah di sisiNya. Bukankah tangan yang di atas itu lebih baik dari tangan yang di bawah? Bab mereka menipu ke, ambil kesempatan ke, kita serahkan urusan mereka itu kepada Allah.

Di sini, saya ingin kongsikan sebuah kisah yang membuktikan tentang keajaiban sedekah. Moga kisah ini menjadi inspirasi kepada kita untuk terus bersedekah."

KOLEKSI SAHIH BUKHARI 1 Hadis Sahih Bukhari Jilid 2.

Dari Abu Hurairah r.a., katanya ada seorang lakilaki berkata: "Saya akan bersedekah. "Lalu ia pergi membawa sedekahnya, kebetulan diberikannya ke tangan seorang pencuri. Orang banyak memperkatakan, "Ada pula orang bersedekah kepada pencuri. " Orang yang bersedekah itu berkata: "Ya, Allah! Untuk Engkau segala puji. Saya akan bersedekah. " Lalu ia keluar membawa sedekahnya, kebetulan diberikannya kepada seorang perempuan lacur.

Orang banyak memperkatakan, "Semalam ada orang memberikan sedekah kepada wanita pelacur. " Orang itu berkata, "Ya, Allah! Untuk Engkau segala puji. Saya akan bersedekah. " la pergi membawa sedekahnya, kebetulan diberikannya ke tangan orang kaya. Orang banyak memperkatakan pula, ”Rupanya orang kaya pun menerima sedekah juga. " Kata orang yang memberi sedekah, "Ya, Allah! Untuk Engkau segala puji.

Saya berikan sedekah saya kepada pencuri, kepada wanita lacur dan kepada orang kaya. ” Kemudian la bermimpi. Ada malaikat yang mengatakan kepadanya, "Sedekah engkau kepada pencuri, semoga menyebabkan ia berhenti mencuri. Sedekah engkau kepada pelacur, semoga menyebabkan ia berhenti melacur. Dan sedekah engkau kepada orang kaya, semoga menyedarkannya dan mendorongnya untuk menafkahkan apa yang diberikan Allah kepadanya. "

Diriwayatkan di dalam Shahih Bukhari ketika ada seorang hamba Allah yang berniat mengumpulkan hartanya demi bersedekah secara sembunyi-sembunyi Ialu dia kumpulkan wangnya sampai berjumlah sekian ribu dinar dalam tempoh satu tahun. Selepas mencukupi, kemudian dia keluar pada malam hari dengan niat mahu bersedekah secara sembunyi sembunyi.

Dia menemui seorang wanita tidur di jalanan. "Wah ini tentu orang susah," bisik hatinya. Lalu diberikannya wang ribuan dinar tadi sambil menutup wajahnya Iantas melarikan diri supaya penerima tidak mengenalinya.

Pada pagi hari keesokkannya berlaku gempar di kampung kerana ada pelacur diberi sedekah tanpa diketahui siapa yang memberinya wang itu. Orang yang sudah bersedekah pun berkata "Subhanallahl! aku sudah tersilap bersedekah kepada pelacur." Dia merintih kepada Tuhan, "Ya Rabb, setahun aku mengumpulkan wang demi memburu pahala sedekah yang sembunyi sembunyi namun wangku diterima oleh seorang pelacur."

Tetapi dia tidak putus asa bahkan dikumpulkan lagi wangnya sampai cukup tempoh setahun yang jumlahnya juga sekian ribu dinar. "Sekarang aku tidak mahu tertipu, aku akan lebih berhati-hati," katanya. Dilihatnya ada seorang pemuda sedang duduk diam saja di satu tempat yang gelap. "lni pasti orang susah," bisik hati kecilnya Ialu diserahkan wangnya kepada pemuda itu kemudian segera melarikan diri.

Pada pagi keesokkannya gempar lagi di kampungnya dengan kisah pencuri yang sedang ingin mencuri mendapat wang sedekah dengan jumlah yang besar. Dia berdoa lagi, "Ya Rabb, dua tahun aku bekerja keras untuk memberi nafkah orang yang susah dengan sembunyi-sembunyi. Tahun pertama aku tersilap memberi kepada pelacur, tahun kedua aku tersilap pula memberi kepada pencuri."

Namun begitu niatnya masih belum berubah Ialu dikumpulkan lagi wangnya sampai tempoh satu tahun. Dia berdoa kepada Tuhan, "Ya Rabb ini yang terakhir, sekiranya masih lagi sampai sedekahku ini bukan kepada yang mustahiq, selesai Ya Rabb aku tidak mampu lagi." Dia lihat ada seorang tua berjalan sendirian di tengah malam dengan tongkatnya tertatih-tatih. "Wah, ini tentunya orang yang paling berhak, malam

malam begini ada orang tua berjalan dengan tonakat nastLaranchusah" Dilemnar wang tongkat pasti orang susah." Dilempar wang yang diniatkan untuk sedekah itu "ini untukmu" lalu dia pun pergi.

Pagi hari keesokkannya gempar lagi di kampung, "Apa yang berlaku?" Dia bertanya pada orang kampung. "Orang paling kaya dan paling kedekut dapat wang semalam disedekahkan orang secara sembunyi sembunyi," jawab orang kampung. Dia kemudian berdoa "Ya Rabb, yang pertama wangku diterima pelacur, kemudian pencuri dan yang ketiga orang paling kaya dan paling kedekut di kampung ini. Ya Rabb apa erti dari perbuatanku?"

Sekian tahun kemudian, orang yang bersedekah tadi mendapat khabar berkenaan dua orang ulama besar adik-beradik yang punyai puluhan ribu murid dan dia termasuk antara orang yang kagum dengan ulama itu. Ini ulama adik-beradik dua-duanya orang yang sangat Iuar biasa, ilmunya luas, pengikutnya puluhan ribu. Dia berkata "Subhanallah!! siapakah ayah kepada ulama adik-beradik ini?".

Selepas bertanya ke sana ke mari lalu dia mendapat berita bahawa ternyata dua orang ulama itu adalah anak kepada seorang pelacur. Tetapi dahulu, pada suatu malam malam ada seseorang yang memberi sedekah kepada pelacur itu secara sembunyi-sembunyi. Pelacur itu lantas menyesal maka dia bertaubat dari pelacurannya dan disekolahkan kedua anaknya dengan harta yang diterima itu.

Allah jadikan dengan harta itu anak tadi menjadi orang balk, menjadi ulama besar dan pahalanya kembali pada orang yang bersedekah tadi. Airmata orang yang bersedekah itu segera mengalir, "Ternyata yang kuberikan 20 tahun yang lalu Allah menjadikannya berlipat ganda sampai muncul dua orang ulama soleh sampai puluhan ribu orang yang beribadah mengikuti ilmunya lalu pahalanya kembali padaku." lni keikhlasan seseorang.

Tidak lama kemudian dia mendapat pula berita ada seorang wali wafat. Masya Allah, ratusan ribu yang menghantar jenazahnya. Siapa orang itu? Orang itu dulu pencuri, saat ia sedang mencuri ia berdoa kepada Allah "Ya Rabb, beri aku keluhuran kalau aku dapat rezeki malam ini aku taubat". Tanpa disangka ada yang melemparinya wang lantas dia bertaubat ia bersedekah, dia rajin ibadah dan dia tidak keluar dari tempat ibadahnya sampai Allah angkat dia menjadi orang yang soleh.

Lantas dia (orang yang bersedekah yang terharu atas dua khabar itu) berdoa "Ya Rabb tinggal yang ketiga, bagaimana dengan orang tua yang paling kaya dan kedekut di kampung kami?"

Lalu suatu hari dia mendapat khabar bahawa orang tua itu sudah wafat tetapi dia sudah pindah ke tempat Iain dan berwasiat mengirimkan seluruh hartanya untuk membangunkan Baitul Mal bagi para anak yatim. Sehingga sekarang itu hartanya masih makmur." Kenapa? Gara gara dia malu kerana pada satu tengah malam katanya, dia yang kaya kedekut namun diberikan sedekah.

Hatinya berbisik "orang bersedekah padaku, sementara aku tidak pernah memberi sedekah. Aku nafkahkan seluruh hartaku dan harta ini untuk Baitul Mal." Dan orang yang memberi sedekah itu terus mendapat saham dari kebaikan yang sudah dilakukannya.

Ternyata sedekah itu banyak keajaibannya. Sama-samalah kita berusaha menjadikan sedekah kita bernilai ibadah.

karmila :Andainya kita tahu, satu sedekah itu mampu mengenyangkan perut si miskin walau sebentar. Andainya kita tahu, satu sedekah itu mampu membantu pelajar yang kesempitan untuk melunaskan yuran dan perbelanjaan sekolahnya. Andainya kita tahu, satu sedekah itu mampu memanjangkan hayat seorang pesakit yang mengharapkan bantuan untuk kos pembedahan. Andai kita tahu, satu sedekah itu dapat membantu agama Allah dalam perjuangan

Fisabilillah. Andai manusia yakin dan percaya, nescaya Allah akan lipatgandakan lagi ganjaran pahalanya, rezekinya, kesihatannya, umurnya dan dijauhkan musibah darinya. Janji Allah itu pasti, maka, akan tergolonglah dia di antara tujuh golongan yang dilindungi Allah di hari yang tidak ada lindungan selain lindunganNya : iaitu "Seseorang yang bersedekah dan disembunyikan, sehingga tangan kanannya tiada mengetahui apa yang dinafkahkan oleh tangan kirinya.

Sumber: Karmila

.

.