
Berminat biz pewangi? Mudah saje, Pilih, byr n Pos #Pewangikereta #Pewangibadan #Duaratuslimapuluhjenisbau #Pemborongminyakwangi #Pemborongkasturikijang #Pemborongbotolkosong #Belirefilljimatduit #Refilldantester #Carfragrance #Aromatheraphy #Carperfumes #Bodyperfumes #Doorgift #Cenderahati #goodieskahwin #Modalserendah RM1 #Agendiperlukan #BIZpewangidanRefill #Whatsapp 0176760983
.

.

HOT ITEM - Pewangi Kereta / RM1.20 @ RM2 @ RM2.90 / 5ml / whatsapp 0176760983 utk info lanjut
.

Bau Pewangi Kereta paling laris!
.

Isian semula/Refill Pewangi Kereta/Rumah / 250ml / 40 Jenis bau / Whatsapp utk harga murah
.

.

Instagram: pewangi7
.

.

Pewangi Kereta/Rumah - Pandan
.

RM1.70
.

Pewangi Badan / 2ml / RM1 / Pelbagai jenis wangian & Kasturi Kijang
.

Minyak Wangi 100ml
.

.

RM2
.

.

Spray 30ml
- pewangimurah2 -
#Pewangikereta #Pewangibadan #Duaratuslimapuluhjenisbau
#Pemborongminyakwangi
#Pemborongkasturikijang
#Pemborongbotolkosong #PewangiKeretaBorong #CarPerfumesMurah
#Belirefilljimatduit #Refilldantester #Carfragrance #Aromatheraphy #Carperfumes
#Bodyperfumes #Doorgift #Freegift #Cenderahati #goodieskahwin
#CarPerfumes as a Doorgift
#Modalserendah RM2 #Agendiperlukan
#BIZpewangidanRefill #Whatsapp 0176760983
#RefillIsianPewangiKereta #40JenisBau
#Saiz250ml #Bolehrefillsehingga65kali!
#Bolehisidlmbotolygdahhabistu...
#Bolehcajpadakwnygnaktambah
#hanyaRM0.32/ml (250ml/1 jenis bau)
Pewangi kereta murah
Pembekal pemborong pati wangian badan
http://pewangiseven.blogspot.my
http://telegram.me/pewangiseven
https://www.instagram.com/pewangi7
https://mobile.twitter.com/pewangi7
https://m.facebook.com/pewangimurah2
Irfan Khairi
Irfan Khairi merupakan seorang jururunding (consultant) yang menganjurkan seminar mengenai perniagaan melalui Internet. Irfan Khairi mendapat ijazah Sarjana Muda Multimedia Design dari Staffordshire University, United Kingdom.
Selepas mendapat ijazah, Irfan telah menerima tawaran bekerja di salah satu syarikat IT terbesar di Birmingham, Netmedia (UK) Ltd. Sebagai pereka sistem multimedia dan perunding Internet, beliau merupakan salah seorang daripada pasukan yang bertanggungjawab mereka cipta sistem pembelajaran Internet untuk sekolah-sekolah di United Kingdom yang dinamakan Learning Grid.
Pada ketika ini, lebih dari 5,000 sekolah-sekolah di United Kingdom menggunakan sistem Learning Grid tersebut.
Oleh kerana minat dan latar belakangnya yang mendalam dalam bidang Internet dan perniagaan, beliau memulakan perniagaannya sendiri di Internet secara sambilan pada tahun 1999.
Selepas mendapati pendapatan dari perniagaan Internetnya adalah lebih menguntungkan berbanding pendapatan bekerja 9-5, beliau mengambil keputusan untuk menumpukan perhatian kepada perniagaan Internet miliknya selepas 1 tahun beroperasi.
Semenjak itu, Irfan hanya bekerja sepenuh masa dari rumah dengan hanya menggunakan laptop dan Internet. Ketika itu beliau berumur 25 tahun.
Perniagaan Internet beliau di bawah nama IdeaBubble, sehingga kini telah berkhidmat untuk lebih dari 3,000 pelanggan dari serata dunia. Kebanyakannya dari USA, UK, negara-negara Eropah, hingga ke Timur Tengah, Jepun dan Australia!
Antara perniagaan-perniagaan yang berjaya termasuk merekacipta E-book, merekacipta laman web dan grafik, perkhidmatan SEO (Search Engine Optimization), menjual peta, penempahan hotel dan juga perunding Multimedia, E-Niaga dan Pembelajaran.
Sehingga hari ini, Irfan Khairi masih bekerja sepenuh masa di keselesaan rumah menggunakan Internet sebagai sumber pendapatan.
Irfan Khairi turut menulis buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar sebagai cara menunjukkan cara dirinya dan jutawan-jutawan Internet yang lain menggunakan Internet sebagai sumber pendapatan yang lumayan.
http://irfankhairi.com.my
https://www.facebook.com/irfankhairi.fb/
- pewangimurah2 -
#Pewangikereta #Pewangibadan #Duaratuslimapuluhjenisbau
#Pemborongminyakwangi
#Pemborongkasturikijang
#Pemborongbotolkosong #PewangiKeretaBorong #CarPerfumesMurah
#Belirefilljimatduit #Refilldantester #Carfragrance #Aromatheraphy #Carperfumes
#Bodyperfumes #Doorgift #Freegift #Cenderahati #goodieskahwin
#CarPerfumes as a Doorgift
#Modalserendah RM2 #Agendiperlukan
#BIZpewangidanRefill #Whatsapp 0176760983
#RefillIsianPewangiKereta #40JenisBau
#Saiz250ml #Bolehrefillsehingga65kali!
#Bolehisidlmbotolygdahhabistu...
#Bolehcajpadakwnygnaktambah
#hanyaRM0.32/ml (250ml/1 jenis bau)
Pewangi kereta murah
Pembekal pemborong pati wangian badan
http://pewangiseven.blogspot.my
http://telegram.me/pewangiseven
https://www.instagram.com/pewangi7
https://mobile.twitter.com/pewangi7
https://m.facebook.com/pewangimurah2
Jangan Berani Memiliki Kereta Sendiri Kalau Tidak Tahu 22 Perkara Penting Ini
Kereta adalah kenderaan yang paling banyak digunakan di atas jalanraya. Namun tidak semua pengguna mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam penjagaan kereta. Blog provoox senaraikan 22 perkara asas yang anda mesti ambil tahu dalam penjagaan kereta.
Menghantar kereta ke bengkel untuk diservis adalah cara terbaik bagi mereka yang tidak mahir dalam proses penyelenggaraan kenderaan.
Namun jika anda tersilap langkah, anda mungkin terperangkap dengan bengkel yang “cekik darah”, lantaran harga caj perkhidmatan yang sangat tidak munasabah dengan kerosakkan yang diservis.
Berikut adalah 22 perkara asas tentang servis kereta yang kami yakin amat penting bagi anda semua supaya tidak lagi menjadi mangsa mekanik cekik darah di bengkel-bengkel jerung yang ada. Semoga bermanfaat.
1. MINYAK HITAM
Minyak hitam yang bukan jenis sintetik perlu ditukar pada setiap perjalanan menjangkau 5,000km atau selama 3 bulan. Kalau minyak hitam jenis sintetik, berkemungkinan dalam jumlah perjalanan 7,500km sehingga 10,000km.
2. FILTER
Sama juga seperti minyak enjin. Minyak mineral biasa perlu ditukar selepas 5000km manakala minyak sintetik boleh ditukar apabila menjangkau 7500km hingga 10,000km. Kebiasaannya, apabila menukar minyak enjin, anda juga disyorkan untuk menukar juga filter minyak (oil filter).
3. SPARK PLUG
Ditukar selepas 20,000 km perjalanan mengikut buku jadual penyelenggaraan. Jika anda menggunakannya sampai 30,000 hingga ke 40,000 km juga tidak menjadi masalah. Alatan ini bukan kritikal sangat. Tetapi kalau dah lebih 40,000 km tidak ditukar, “electrode” akan menipis, maka perlu ditukarkannya. Harga untuk 4 biji biasanya sekitar RM20.00 ke RM25.00.
4. BATERI KERETA
Selepas 18 bulan hingga 2 tahun, anda boleh menukar bateri kereta anda bergantung pada cara penggunaan. Jika anda sering membuat pengisian semula air suling bateri, ianya boleh bertahan sampai 2 tahun. Kalau selalu lupa refill dan selalu kering, dalam masa 6 bulan pun bateri boleh “kong”. Free maintenance battery lain pulak ceritanya. Tidak perlu “top up” air, tetapi hargaya mahal sedikit daripada bateri biasa.
Tips: Apabila beli bateri, jangan main hentam sahaja, kerana terdapat banyak barangan cetak rompak dipasaran. Jadi, belilah bateri kereta daripada jenama yg boleh dipercayai seperti BOSCH, dan juga CENTURY. Bateri yang baik kebiasaanya lebih berat daripada bateri yang kurang baik.
5. TIMING BELT
Bila perlu ditukar? Biasanya selepas 60,000 km untuk kereta proton Wira, dan Proton Saga. Kereta Proton Waja boleh bertahan sampai 90,000 km dan Honda CRV pula mampu bertahan sehingga 160,000 km. Jadi anda hanya perlu menukar timing belt mengikut jenis kenderaan yang anda gunakan. Ramai orang tersilap kerana menukar timing belt hanya selepas 60,000km perjalanan walaupun sebenarnya ianya masih elok lagi.
6. CLUTCH PLATE
Cluth Plug ini kebiasaannya jarang ditukar ganti melainkan kereta anda mengalami simptom “cluth slipping” semasa sedang memandu.
7. FUEL FILTER
Anda boleh menukarkannya apabila perjalanan kenderaan mencecah setiap sekitar 40,000km. Harga peralatan ini dalam sekitar RM15.00 hingga RM20.00.
8. AIR FILTER (Filter Udara)
Perlu ditukar setiap 20,000km. Tetapi untuk mereka yang tukar kepada K&N type, anda sudah tidak perlu menukarnya lagi, cukup sekadar anda membersihkannya sendiri sahaja.
9. ATF (Automatic Transmission Fluid)
Minyak ni memang penting bagi kenderaan jenis AUTO. Dalam buku manual ada dinyatakan setiap 20,000 km perlu ditukar. Tetapi boleh dilanjutkan hingga 30,000 km kepada pengguna yang ingin berjimat. Jangan abaikan (contohnya tidak tukar lebih dari 30,000 km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlukan perbelanjaan yg besar. Kalau anda rajin tukar, kereta anda tidak perlu Transmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel.
10. GEAR OIL
Untuk mereka yg pakai manual gearbox, kereta anda tak perlu pakai ATF tetapi sebaliknya perlu gunakan Gear Oil. Ia boleh tukar dalam 60,000km perjalanan sekali.
11. BRAKE FLUID dan POWER STEERING FLUID
Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km.
12. RADIATOR COOLANT
Harga sebotol adalah RM8 – RM15. Selalunya berwarna hijau! Setiap 60,000km bolehlah ditukar sekali. Jikalau air radiator anda berwarna jernih, maknanya guna air paip biasa sahaja dan tidak berapa bagus. Gunakanlah coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih!
13. AIR-COND BELT / ALTERNATOR BELT
Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengan timing belt, seandainya kita terlupa menukarkannya sewaktu servis sebelum-sebelum ni. Belt Air-con dan juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak. Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak. Kalau bahagian “ribs”nya dah ada”crack-crack” yang halus. Maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini.
14. Adalah diingatkan maintenance schedule yang ikut “km” atau masa “3 bulan”, “6 bulan” dan seterusnya ni hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan. Maksudnya, benda yang kita tukar tu belum tentu rosak, tapi kita dah tukar. Preventive maintenance ni mampu mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikal dimasa akan datang!
15. MINYAK HITAM
Untuk minyak mineral, perlu ditukar selepas 5000 km ataupun 3 bulan, manakala minyak semi-sintetik utk 10,000km atau 6 bulan, dan minyak sintetik selepas 15-20,000 km atau 1 tahun. Berhati-hati ketika membeli minyak hitam di kedai spare part kerana terdapat minyak “tidak berkualiti” yang disediakan oleh pengusaha atau mekanik bengkel. Botol mungkin ada cap jenama Castrol, Shell, Petronas, Eneos dan lain-lain. Tetapi dalam tu sebenarnya adalah minyak murah “made in china”. Dlm satu hari ada beribu-ribu botol minyak hitam kosong wujud di bengkel-bengkel. Pengusaha bengkel tertentu mengarahkan pekerjanya untuk mengambil botol-botol kosong ini dan refill serta diletakkan seal baru supaya dapat mengaut keuntungan lebih.
Adalah lebih selamat beli minyak di stesen minyak yang pasti tulen. Melainkan kalau betul-betul yakin dengan kedai spare part yang anda kunjungi itu.
16. MINYAK GEAR
Jika manual, perlu ditukar setiap 40,000km untuk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000km untuk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat.
Paling bagus untuk kereta lama ialah gunakan gearbox treatment. Minyak gear ATF pula perlu ditukar setiap 20,000km. Sama seperti di atas.
17. FLUSH
Kalau dalam buku tiada dinyatakan, maka tidak perlu ditukar. Begitu juga dengan Air Filter. Coolant perlu tukar tiap-tiap 20,000km. Jika nak tukar tiap-tiap 50,000km pun boleh dengan syarat guna air suling or RO water. Timing belt ditukar setiap 80,000km.
Tapi pernah terjadi stretch sampai 110,000km(Wira 1.6xli) tanpa masalah sebab menggunakan timing belt original Mitsubishi dan ia selalu inspect timing belt keretanya. Tiada merekah, “gigi” masih elok maka tak perlu ditukar. Aircond belt, altrnator belt, power steering belt – tukar semasa tukar timing belt atau apabila nampak rekahan.
18. WATER PUMP
Ditukar apabila menukar timing belt untuk kali ke dua. Katakan anda menukar timing belt setiap 80,000km, maka apabila anda menukar timing belt utk kali kedua pada 160,000km, elok ditukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba.
Nak tukar water pump perlu buka timing belt terlebih dahulu. Jadi kalau dibuat pada masa yang sama, tiada caj tambahan dikenakan.
Spark plug ditukar setiap 20,000km. Ataupun selagi plastik di bahagian tengah masih berwarna putih dan tiada kesan terbakar. Jadi kena selalu check spark plug.
Kalau spark plug anda berminyak, ianya bermaksud enjin sudah agak uzur dan perlu dioverhaul kerana piston ring sudah haus. Asap biru dibahagian ekzos juga adalah tanda piston ring haus dan minyak hitam terbakar.
Walau bagaimanapun, ini bukanlah servis biasa tetapi servis major. Head gasket ditukar apabila minyak leaking dikawasan tersebut. Atau sekiranya berlaku coolant loss akibat daripada blown head gasket. Buat grind valve sekali. Kerja penyelenggaraan ini dikenali sebagai top-overhaul
19. Biasanya top overhaul tidak diperlukan kepada kereta bawah 7 tahun atau 200,000km.
Tetapi ada juga yang mencapai perjalanan dalam 7-80,000km atau kurang 5 tahun sudah kena top overhaul kerana pemilik tidak cermat. Brake pad ditukar bila haus atau bila rasa brake kurang menggigit. Biasanya kereta berusia 3 hingga 4 tahun sekali.
Minyak brake juga pun sama, brake belakang tahan lebih lama dari brake depan biasanya dua kali ganda jangka hayatnya.
20. Pada asalnya, enjin pembakaran dalaman menggunakan camshaft yg di letak di dalam blok enjin.
Secara asasnyanya pertukaran timing belt pada setiap 100,000km mengikut ketetapan pengeluar di Jepun. Tetapi Jepun adalah negara bercuaca sederhana sejuk manakala cuaca di Malaysia lebih panas dan mampu mempercepatkan proses wear and tear timingbelt yang dibuat dari adunan getah, plastik dan fibre glass. Jadi adalah dinasihatkan pertukarannya dibuat lebih awal iaitu antara 90,000km. Bagi alat ganti timing belt berkualiti rendah, anda perlu menukar lebih awal, dalam sekitar 60,000km jarak perjalanan.
21. Sesetengah pengeluar seperti Alfa Romeo mencadangkan pertukaran timing belt pada jarak hanya 30,000km bagi semua enjin straight 4 twin spark dan juga enjin V6 bagi model sebelum tahun 1999.
Pada tahun 1996 dahulu, ada juga pemilik bengkel memberitahu timing belt boleh tahan sampai 100,000km, tak perlu tukar pada bacaan 30,000km. Kemudian, kereta kena tarik masuk bengkel sebab timing belt putus dan enjin kena overhaul. Bacaan odometer ketika itu = 35,000km. Maka moralnya adalah kita perlu patuhi spesifikasi servis dan penyelenggaraan pengeluar.
Banyak kenderaan zaman sekarang telah menggunakan timing chain sebagai ganti kepada timing belt. Ini termasuk Nissan, Honda dan Toyota .Toyota misalannya menggunakan timing chain bagi semua kenderaan penumpangnya iaitu :
Camry ACV30 – enjin 2AZ-FE 2000cc
Corolla Altis ZZE121 – enjin 1ZZ-FE 1600cc
Vios NZE10 – enjin 1NZ-FE 1500cc
22. Model seperti Honda CRV pada mulanya menggunakan timing belt, tetapi untuk model CRV baru generasi kedua, Honda juga kembali memperkenalkan timing chain melalui enjin i-VTEC.
Ianya tidak memerlukan pertukaran biarpun sudah mencecah 500,00km lantas menjimatkan kos dan menjaga alam sekitar. Sekiranya mekanisme rantai mengeluarkan bunyi, anda hanya perlu tukar tensioner bearing dan segalanya pulih seperti sedia kala.
Sumber : provoox
Golongan muda dan aktiviti lasak memang tidak dapat dipisahkan kerana mereka cenderung untuk mencuba pelbagai perkara yang memberi keseronokan dan mencabar dalam hidup.
Terbaharu sekumpulan anak muda tampil memperkenalkan aktiviti ‘rope swing’ di atas jambatan jalan Kuala Kubu Bharu-Fraser’s Hill yang pastinya mencabar keberanian pengemar aktiviti lasak.
Menurut Pengarah Utusan Rentas Adventures, Mohd Shafiq Azmi, 29 walaupun aktiviti ini baharu diperkenalkan namun sambutan yang diterima amat mengalakkan.
“Sehingga kini sambutan yang diterima amat memberansangkan khususnya daripada peminat sukan ekstrem hinggakan kami terpaksa menghadkan penyertaan.
“Buat masa ini penyertaan hanya dibuat secara ini secara berkala dan bergantung kepada permintaan,” katanya ketika dihubungi SuaraTV sebentar tadi.
Mohd Shafiq turut menjelaskan mereka amat menitikberatkan faktor keselamatan dengan
mastikan semua peralatan yang digunakan berada dalam keadaan yang baik sebelum melepaskan peserta melakukan terjunan.
“Sebelum melakukan aktiviti ini, kesemua peserta akan diberi taklimat keselamatan dan cara yang betul untuk terjun.
“Setelah taklimat mereka akan meneliti ikatan dan peralatan yang digunakan terlebih dahulu kerana ia tidak boleh dilakukan secara terburu-buru bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diinggini berlaku,” ujarnya lagi.
Paling menarik menurut Mohd Shafiq walaupun ada dikalangan peserta yang takut pada mulanya namun setelah mencuba mereka begitu teruja untuk kembali melakukan terjunan.
“Untuk mereka yang pertama kali mencuba aktiviti ini, ada yang mengalami emosi tidak menentu seperti takut, berdebar dan seperti ingin menangis namun, selepas mencuba keyakinan mereka semakin tinggi.
“Malah ada yang semakin berani untuk mencuba berulang kali, apa yang penting mereka yang ingin mencuba aktiviti ini perlu yakin dengan kemampuan diri sendiri dan bertenang,” katanya lagi.
Tuntutan Prinsip Tolong- Menolong
Ditulis oleh Mohamad A'sim bin Ismail.
Tolong menolong merupakan satu keperluan dalam kehidupan kita. Sebagai manusia yang mempunyai kemampuan yang berbeza-beza, kelebihan kita dalam suatu perkara dapat memberi manfaat bukan sahaja kepada diri sendiri bahkan orang lain yang memerlukan. Begitu juga kelebihan orang lain akan memberi kebaikan kepada kita.
Untuk mewujudkan hubungan yang harmoni dan saling lengkap-melengkapi sesama manusia maka manusia memerlukan antara satu sama lain. Jadi antara konsep penting yang perlu ada dalam perhubungan sesama manusia ialah tolong-menolong. Dalam kamus Dewan Edisi Keempat konsep bertolongan ini membawa maksud bantu-membantu, saling membantu.
Dari segi agama, Islam menuntut manusia tolong-menolong dalam perkara yang memberi kebaikan kepada mereka. Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 2, maksudnya:
"...Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).
Ibn Khathir menjelaskan bahawa ayat ini menerangkan suruhan Allah SWT kepada orang mukmin untuk saling bantu-membantu melakukan kerja-kerja yang baik dan bertakwa menjauhi perkara yang mungkar serta melarang mereka daripada melakukan perkara yang batil, dosa dan maksiat. Ibnu Jarir menegaskan bahawa pengertian dosa ialah tidak menunaikan perkara yang disuruh Allah SWT dan maksud pencerobohan dalam ayat di atas ialah melampaui had-had yang Allah SWT tetapkan dalam urusan agama dan melampaui ketetapan yang difardhukan ke atas diri manusia sendiri dan juga manusia yang lain.
Ibn Khatir seterusnya menguatkan lagi penjelasan mengenai ayat di atas yang menunjukkan tabiat kehidupan ini dengan membawa dua buah hadis. Hadis pertama diriwayatkan oleh Imam Ahmad, maksudnya "Seorang mukmin yang bergaul dengan manusia dan bersabar atas perlakuan mereka adalah lebih baik dan besar pahalanya daripada mukmin yang tidak bergaul dengan manusia dan tidak bersabar atas perilaku mereka." (Imam Ahmad).
Hadis kedua menyentuh keperluan untuk saling bantu membantu orang yang dizalimi dan juga menzalimi. Baginda SAW bersabda maksudnya, "Tolonglah saudaramu yang menzalimi dan yang terzalimi". Maka para sahabat bertanya, "Menolong yang terzalimi memang kami lakukan, tapi bagaimana menolong orang yang melakukan zalim?". Rasulullah SAW menjawab, "Mencegahnya daripada terus menerus melakukan kezaliman itu bermaksud engkau telah menolongnya." (Imam Bukhari dan Muslim).
Imam al-Qurtubi dalam kitab tafsirnya menerangkan bentuk prinsip am ta'awun melalui contoh seorang alim membantu manusia dengan ilmunya, seorang kaya membantu orang lain dengan hartanya, seorang yang berani membantu dengan keberaniannya berjuang di jalan Allah SWT. Setiap manusia saling menghulurkan bantuan kepada orang lain mengikut kemampuannya. Ini merupakan puncak kepada tuntutan akhlak yang ingin disampaikan oleh ayat di atas untuk manfaat manusia.
Dalam sejarah Islam sikap tolong menolong dapat kita ambil teladan daripada para sahabat. Ketika kaum Muhajirin berhijrah ke Madinah, kaum Ansar memperlihatkan sikap bantu-membantu yang luar biasa terhadap saudara mereka daripada kalangan kaum Muhajirin. Abdul Rahman bin Auf yang tidak mempunyai sebarang harta lagi bersaudara dengan seorang daripada kaum Ansar iaitu Sa'ad bin Rabi'. Sa'ad menawarkan untuk membahagikan separuh daripada hartanya kepada Abdul Rahman tetapi ditolak cuma hanya meminta ditunjukkan jalan ke pasar. Dari situlah Abdul Rahman mula berdagang mentega dan keju. Dengan keahlian berdagang yang ada padanya dalam tempoh yang tidak lama beliau kembali menjadi seorang yang berharta dan mencapai kekayaannya kembali.
Dalam kontek kita di Malaysia, tolong-menolong yang unik ialah tabung khairat kematian yang masih menjadi amalan apatah lagi di kampung-kampung. Ia timbul dari rasa ikhlas para penyumbang yang saling bertolongan untuk memudahkan kerja-kerja pengurusan kematian dan juga mengurangkan beban waris yang kematian ahli keluarga terdekat. Tabung khairat kematian juga merupakan antara faktor yang mencetus kepada wujudnya sistem takaful di negara kita.
Jika dilihat sebaliknya, tolong-menolong dalam melakukan maksiat akan mengakibatkan semua mereka yang terlibat mendapat balasan yang buruk.
Ini dapat kita lihat kepada mereka yang terlibat dengan arak. Orang yang berdosa bukan sahaja peminum arak bahkan yang memerah anggur (untuk tujuan arak), yang minta diperah, penjualnya, pembelinya, pengantar minuman dan sebagainya. Ini ditegaskan nabi SAW yang melaknat mengenai arak sepuluh golongan: (1) yang memerahnya, (2) yang minta diperah, (3) yang meminum, (4) yang membawanya (5) yang minta dihantarkan (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya." (Imam Tirmizi).
Begitu juga dengan tolong-menolong dalam hal riba. Mereka yang mendapat kutukan bukan sahaja pemberi riba tetapi juga pencatat serta saksi-saksinya.
Daripada Jabir r.a. sesungguhnya Rasulullah SAW melaknat orang yang makan riba, yang memberikannya, pencatatnya dan saksi-saksinya. Kemudian baginda SAW bersabda, "Mereka semua adalah sama." (Imam Muslim).
Jadi konsep tolong-menolong dalam Islam ada had dan garis panduannya. Sebagai orang Islam sudah tentu garis panduan ini perlu dijaga dan dihayati sebaiknya-baiknya. Kita jangan pula sampai terlibat dan membantu sesuatu perkara jahat dan dosa untuk mengelakkan diri daripada terheret sama dalam perbuatan dosa tersebut.
Jika dilihat dalam industri muamalah atau kewangan Islam di Malaysia unsur tolong menolong yang menjadi tuntutan Islam perlu dihayati bukan sahaja semata-mata menjadi panduan bertulis dalam dokumentasi dan seumpamanya. Industri takaful khasnya yang bergerak di bawah prinsip tolong-menolong perlu memelihara konsep saling bantu-membantu ini sejajar dengan tuntutan Islam. Pemain industri perlu mengimbangi operasi mereka yang berorientasikan keuntungan sehingga tidak mengorbankan prinsip tolong-menolong yang sebenar seperti tuntutan agama Islam.
GUA BATU GRANIT 2.3km TERPANJANG DI MALAYSIA
Settle sudah satu lagi trip di awal 2014 ni.. Trip kawan untuk kawan-kawan ke gua yang paling aku sayang, Gua Batu Maloi. Kali ni merupakan kali ke-4 aku ke sini dan kali ini aku membawa kawan baik aku dari UiTM Shah Alam dan outdoor buddy aku dari UiTM Kuala Pilah juga rakan sepergunungan aku dari Polis Melaka. Seramai 21 orang kesemuanya. Tapi punya laa susah nak handle diorang ni.. Hyperactive.. Suruh bawa headlamp, diorang tak nak, nak cabaran kononnya. Mujur tiada apa perkara buruk yang berlaku.. Maaf kalau entry kali ni tak banyak cerita..cakap banyak pun tak guna, tengok je laa gambar yang sempat diambil..Yang sempat je laa..
Sebelum bercerita lebih lanjut, suka untuk diceritakan sedikit info gua ni.. Gua Batu Maloi terletak di Kampung Tanggai, Johol, Negeri Sembilan. Gua ni bukan lah macam gua-gua lain di Malaysia yang merupakan gua batu kapur. Gua Batu Maloi merupakan gua yang terbentuk daripada susunan batu granit yang terdapat laluan di celah-celah batu ini. Laluan ini boleh dikatakan 80% kawasan berair (melawan arus sungai). Tempoh penjelajahan gua ini sekitar 3-4 jam bergantung kepada keadaan peserta atau keadaan alam. Track gua ini pula sering berubah kerana batu-batu tersebut akan berubah hasil tolakan arus sungai yang laju terutama setiap kali hujan lebat. Gua ini merupakan gua batu granit terpanjang di Malaysia sepanjang 2.3 kilometer dan mempunyai 24 check point. Sepanjang gua ini, peneroka perlu meredah track yang agak sukar. Melompat,merangkak, menyiarap, menggelongsor, menyelam, memanjat semua kene buat dalam air. Terdapat beberapa check point menarik kerana bentuk batu dan mitos yang akan disajikan kepada penjelajah gua ini.
Lebih kurang jam 12 tengah hari, kami memulakan penerokaan ini. Penerokaan ini bermula dengan merentas sungai hingga di pintu masuk gua ini. Masa ni pun dah ade yang mengadu kasut basah, takut lintah (walaupun tak de lintah) dan ade juga yang kata “tak hardcore langsung”.. ini baru permulaan.. CP1 pun tak sampai lagi. Then, kami caving lagi sampai ke check point Gua Kapal Layar atau Gua Dewan. Sepanjang ke tempat ni, aku macam biasa, sibuk mencari katak Batu yang bersepah dalam gua ni. Nak bagi kat bebudak perempuan ni. Katak di dalam gua ni memang tak reti erti ketakutan. Dia takkan lari kalau orang nak tangkap dan kadang kala orang tak perasan kehadiran katak ini kerana teknik penyamaran katak ini menyerupai batu. Tau-tau kita dah pegang dia. Katak ini boleh membesar hingga sebesar helmet. Di Gua Kapal Layar, terdapat batu berbentuk layar pada kapal. Namun begitu, bentuk layar tersebut terbelah dua akibat kesan gempa bumi. Kawasan tersebut boleh memuatkan sekitar 200 orang dan sebab tu laa gua tersebut juga dipanggil Gua Dewan.
Then, kami meneruskan penerokaan hingga ke check point Gua Dewa Maloi. Tiba di Gua Dewa Maloi, terdapat imej dewa di salah sebuah batu di kawasan tersebut. Jurupandu arah menerangkan sebab terhasilnya imej dewa di batu tersebut. Suatu ketika dahulu, imej tersebut tidak wujud. Namun, apabila hujan, air yang meleleh di bumbung gua tersebut menitik ke batu tersebut dan kerana batu tersebut merupakan batu granit, lelehan air tersebut menjadi stalakmit dan imej tersebut terhasil. Semakin lama, semakin besar. Dan kini, sudah ada satu lagi imej di sebelahnya seperti seorang wanita. Nama ‘dewa’ diberi oleh seorang sami Buddha dari Thailand (kalau tak silap) yang pernah bermimpi kewujudan imej tersebut di gua ini. Sami tersebut datang ke gua ini untuk melihat sendiri imej tersebut. Namun begitu, ini semua hanyalah secara kebetulan semata-mata.
Kemudian, kami meneruskan ke check point yang aku pon tak ingat..hehe..tapi tempat berehat laa..kat luar gua. Sepanjang laluan ini pula, ada laa dapat sekor dua kata.. tapi anak dia je.. dan kami disajikan dengan sebuah batu berbentuk tempayan yang sangat besar dan batu tersebut dinamakan Batu Tempayan. Then, kami meneruskan perjalanan masuk semula ke gua hingga habis kesemua 24 check point.
Penjelajahan ini diakhiri dengan penemuan seketul batu yang sangat besar, berketinggian hampir 30 meter. Batu ini dipanggil Batu Maloi yang merupakan spesis batu granit juga di mana ia akan membesar. Batu ini diselubungi dek lumut namun ada bahagian yang tidak berlumut dan bewarna putih. Bahagian itu dikatakan pintu batu ini. Menurut mitos, suatu ketika dahulu batu tersebut juga merupakan gua yang didiami oleh bunian. Dan Maloi (nama sebenarnya ialah Malai) merupakan orang asli tempatan dipercayai berkahwin dengan makhluk tersebut dan tinggal di gua tersebut. Maka, orang tempatan sering meminjam barang daripada Maloi seperti pinggan mangkuk dan periuk belanga untuk kenduri kahwin kerana bunian pasti ada barang-barang tersebut. Barang yang dipinjam harus dipulangkan, Namun begitu, ada yang pulangkan dalam keadaan pecah, rosak da nada yang tidak memulangkan langsung. Maloi kecewa lalu menutup pintu tersebut buat selama-lamanya. Dan kawasan putih itu adalah pintunya. Ini Cuma mitos tau..jangan taksub pula... Keunikan lain kawasan ini ialah terdapat empat batang pokok damar (yang getahnya dijadikan kemenyan) yang tumbuh semulajadi di setiap penjuru batu ini. Selain itu, di atas batu ini terdapat pokok pisang tunjuk langit yang unik kerana buahnya bewarna hijau, kuning dan merah dan susunannya seperti traffic light. Namun begitu, pisang tersebut jarang berbuah.
Gua ini memang menjanjikan cabaran yang menarik sambil berpeluang menikmati alam ciptaan tuhan. Haiwan dalam guan i selalunya akan lari bila orang dating tapi katak dan ikan tak kan lari. Haiwan yang pernah aku jumpa ialah katak, ular, kelawar, kalajengking, ikan tengas, labah-labah spesis ape tah besar semacam je dan serangga lain. Namun begitu, sedih.. kita hidup dalam masyarakat yang bertamadun, diajar pendidikan sivik dan sebagainya di rumah mahupun di sekolah, tapi masih ada masyarakat yang tidak bertanggungjawab dengan membuang sampah merata-rata mencemarkan alam semulajadi dan ekosistem di kawasan ini… : (
That’s all for this entry…walaupun di awal entry aku kata malas nak tulis panjang-panjang tapi last-last panjang juga..sebab gua ini terlalu banyak cerita menarik sampai aku pun tak dapat tulis semua. Nak tau apa yang menarik lagi, try laa gua ni.. memang nice..!!
Sumber : krelhiker
Pemandu pelancong
En Nazri : 0122577137 / 0176345771
MYDIN
MYDIN telah diasaskan pada tahun 1918 oleh Gulam Husen Jamal, bapa kepada Mydin Mohamed di Pulau Pinang. Perniagaan penjaja pertama telah dimulakan pada tahun 1940. Walau bagaimanapun, kedai itu terbakar akibat Perang Dunia II dan keluarga itu hilang segala-galanya. Tetapi dengan keazaman yang kuat, ketabahan dan iman telah membuat anak-anaknya, Mydin Mohamed, untuk meneruskan perdagangan daripada pemborongan.
Pada tahun 1957, beliau membuka kedai pertamanya yang merupakan kedai kayu kecil bernama Syarikat Mydin Mohamed di Jalan Tok Hakim, Kota Bharu, Kelantan dengan menjual mainan dan barangan am dengan wang hasil titik peluh sendiri. Dengan bantuan anak-anak lelaki yang terdekat, perniagaan menyebar operasinya ke Kuala Terengganu pada tahun 1979 dan kemudian membuat kehadiran mereka di Lembah Klang di Jalan Masjid India pada tahun 1989. Sejak itu MYDIN telah berkembang dengan mantap. Dengan visi untuk menjadi pengedar terkemuka di dunia yang berdaya saing halal-barangan dan perkhidmatan di Malaysia, ia kini dikenali sebagai MYDIN Mohamed Holdings Berhad.
Pada tahun 2011, MYDIN, bersama-sama dengan pasar raya besar utama lain seperti Tesco dan Carrefour telah mengambil bahagian dalam program TUKAR di bawah Program Transformasi Ekonomi. Program ini bertujuan untuk mengubah 100 kedai runcit terpilih ke dalam kedai stesen mini moden. Syarikat bertanggungjawab untuk melatih kedai-kedai dan menyediakan bantuan selepas mengubah kedai stesen mini bersama-sama dengan Tesco. Pada bulan Julai 2013, MYDIN kemudian menceburi peruncitan mewah dengan pembukaan outlet Groceria SAM pertama di Paragon Gurney di Pulau Pinang pada Julai 2013. SAM bermaksud Saya Anak Malaysia.
Pada Januari 2015, terdapat 267 cawangan di seluruh negara termasuk 18 pasar raya besar, 16 emporium, 3 bazar, 47 mini-mart yang beroperasi sebagai MyMydin, 8 kedai serbaneka yang beroperasi sebagai MyMart dan 6 cawangan francais beroperasi sebagai Mydin Mart, kedai runcit 5 premium dikenali sebagai Groceria SAM, 2 kedai premium F&B dikenali sebagai Deli SAM dan 162 kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M)
Hari ni saya berpeluang jumpa Dato’ Ramly Mokni, pengasas Ramly Burger. Tak ramai orang kenal Dato’ Ramly, kalau selisih kat jalan pun memang orang takkan perasan. Tapi kalau sebut burger Ramly, satu Malaysia kenal. Saya pun tadi bila berselisih, tak berani juga nak tegur takut salah orang. Sebelum ni saya pernah jumpa beliau sekali je.
Lagipun, beliau hanya pakai t-shirt dan selipar biasa, tak nampak macam orang yang ada syarikat bernilai beratus juta pun. Tapi Dato’ pula yang cakap, “Aku dah nampak kau tadi, ingatkan taknak tegur aku dah”. Hahaha, selamba je Dato’ bahasakan diri beliau sebagai “aku”, memang sempoi.
Banyak nasihat yang Dato’ Ramly bagi pada saya mengenai dunia bisnes. Saya nak kongsikan sedikit supaya kawan-kawan FB saya pun dapat.
Kata Dato’ Ramly, keadaan ekonomi sekarang ni memang mencabar. Tapi ini perkara biasa dalam bisnes. Berdasarkan pengalaman beliau, setiap 10 tahun sekali, memang ekonomi akan jatuh. Tahun 1987, 1997 dan 2007 adalah zaman kejatuhan ekonomi. Jadi berkemungkinan tahun 2017 pun akan menjadi tahun yang mencabar bagi ekonomi dan bisnes.
Ketika zaman gawat ini, fokus bisnes bukan lagi untuk membuat keuntungan, tetapi cukup sekadar untuk ‘break-even’ dan bertahan. Kalau mengikut pengalaman beliau, beliau menjangka keadaan ini akan berlarutan antara 1-3 tahun sebelum ekonomi naik semula. Biasanya orang yang dah lama berniaga akan simpan keuntungan siap-siap untuk menghadapi tempoh gawat ni.
Jadi untuk para rakan-rakan usahawan, kita kena betul-betul bersedia untuk menghadapi saat sukar ini. Memang betul-betul kena ikat perut. Banyak-banyak bersabar dan berdoa ye.
Saya sempat juga berbual mengenai program SUPERB tempoh hari kerana Dato’ Ramly adalah salah seorang hakim. Pesan beliau mudah sahaja, cuba lagi tahun hadapan. Bagi beliau, kegagalan dan cabaran adalah perkara biasa bagi usahawan. Bahkan kalau nak dibandingkan kegagalan saya di peringkat akhir SUPERB untuk mendapatkan geran bernilai RM500 ribu, tak boleh dibandingkan dengan kegagalan yang pernah dialami oleh beliau.
Ketika awal-awal beliau mengusahakan Ramly Burger dahulu pada tahun 1980, permohonan beliau untuk mendapatkan pinjaman MARA yang hanya bernilai RM7000 untuk membeli mesin ditolak mentah-mentah hanya kerana ketika itu, MARA tak percaya yang orang Malaysia akan suka makan burger. Bayangkan kalau beliau patah semangat ketika itu, maka tak merasalah kita semua makan daging burger Ramly hari ini.
Pesan saya kepada ramai yang beralasan tiada modal dan tiada kedai untuk memulakan bisnes, Dato’ Ramly sendiri hanya mulakan bisnesnya dengan modal sendiri RM2 ribu dari rumah di Flat Jalan Haji Hussein, Kampung Baru. Dulu beliau buat sendiri daging burger di rumah tanpa gunakan sebarang mesin pun. Jadi apa salahnya kalau kita sekarang nak mulakan bisnes sendiri di rumah? Tak payah fikir untuk ada kedai dan ofis yang besar dan mewah sebelum tiba masanya. Kalau Dato’ Ramly boleh berjaya, kenapa kita tidak?
Daripada seorang yang mula berniaga dari rumah dan ditolak pinjaman oleh MARA, jualan syarikat beliau kini sudah pun melebihi RM1 billion sekarang dan dijangka mencapai RM2 billion pada tahun 2017. Dan sekarang ini kilang baru Ramly pun hampir siap di Pulau Indah, Selangor yang bernilai RM1 billion. Memang kagum apabila mendengar kisah beliau.
Kalau nak kira, cabaran yang beliau hadapi setelah hampir 40 tahun berniaga memang banyak, tapi beliau memang cukup tabah dan tak putus asa. Moga kita semua pun ada semangat seperti beliau. Antara cabaran besar yang pernah beliau hadapi adalah pada tahun 2011, apabila ada pihak yang memfitnah secara meluas bahawa produk Ramly mengandungi DNA babi. Habis jatuh merudum jualan syarikat beliau pada tahun itu tapi beliau tetap tak putus asa dan kembali bangkit menjadi lebih hebat.
Banyak benda yang kita boleh belajar daripada kisah Dato’ Ramly ini. Kisah seorang yang bermula dari bawah dengan pelbagai kesukaran, sebelum sampai ke tahap beliau sekarang.
Kepada kawan-kawan yang baru melangkah dalam dunia bisnes, bersabarlah dan jangan sesekali inginkan kejayaan dengan cara mudah. Setakat ini, SEMUA orang hebat yang saya pernah jumpa, tiada seorang pun berjaya dengan mudah. Semuanya telah hadapi macam-macam cabaran yang sangat dahsyat. Senang cerita, lagi besar kejayaan yang kita nak, lagi besarlah ujian dan cabaran yang kita akan hadapi.
Sumber : halalmoney
Siri kekejaman rejim Bashar yg dibantu tentera Russia sudah berlanjutan hampir 6 tahun sejak 2011. Namun semalam adalah serangan paling teruk selepas Aleppo ditawan semula Syria.
Syrian Network For Human Right (SNHR) mendedahkan sehingga bulan lalu, 203,907 org awam, 23,863 kanak - kanak, 599 petugas media & 719 kakitangan perubatan terbunuh dlm konflik terbabit. Yg bersimpati boleh menderma ke Aman Palestin melalui akaun Maybank 562263010787.
Esok perhimpunan #savealeppo di dpn kedutaan Russia, Kuala Lumpur bagi mengutuk serangan rejim Bashar al-assad dgn sokongan Russia terhadap Aleppo, Syria
Selalu pakai pewangi kereta bau apa ?
Awww ? Lavender ? Air Pacific ? Aqua ? Pandan ? Apple ? Herbal ? Ada 40 jenis bau kesemuanya...
Nak try bau Sophia ? Sparkling Lemon ? Pomelo ? Tutti Fruity dan byk lagi! Pewangi kereta cepat kering ? Mahal ? Agak2 kalau tak pakai pewangi kereta, masuk kereta bau apa ye ?
Selalu beli bape ingit ? RM10 ? RM15.99 ? RM18.99 ?
Sila lah beli refill pewangi kereta, isipadu 250ml...boleh isian semula sampai 50 kali (50 x 5ml) Banyak tak ? Tepuk dahi, tanya poket seluar!
Kalau 50 kali beli dah bape ingit duit lebur ?
Beli ni bole pakai sendiri, bole isi utk kwn, dpt tambah income sikit2 (kalau caj duit kt kwn la)
Ok, harga RM198 je! Murah kan....
Jimat RM1,200...(kalau beli yg saiz kecik 2ml x RM10.90 x 125 kali beli)
Haha, nak bagi harga pemborong je ni...RM50 shj
Last call RM50.....
Last call RM50.....
Bank in & Pos laju.... (tambah postage RM7)
If nak by hand, COD di area Yan/Pendang, Kedah.
Apa ? Jauh ? Haha...dah tau jauh pos laju kan ada..
Beli bau yg anda biasa pakai.
Utk yg order sepantas kilat. Nak bagi harga RM50 termasuk postage. Just bank in > wassap detail > pos laju
Utk COD :
Rabu : Tanah Merah, Pendang
Khamis : Sg Limau dlm, Yan
Jumaat : Jln baru Bukit Besar, Yan
Ahad : Sg Limau dlm, Yan
TQ
WhatsApp : 0176760983
http://pewangiseven.blogspot.my
Assalam,
Lelaki dan Perempuan...
Pewangi badan, mcm2 bau ada...
Mai test bau, mai beli...murah2 ja...RM2 shj... Sesuai utk dari kanak2 hingga ke atok2...
Lokasi:
Rabu : Tanah Merah, Pendang
Khamis : Sg Limau dalam, Yan
Jumaat : Jln Baru Bukit Besar, Yan
Ahad : Sg Limau dalam, Yan
Jumpa anda di sana...di sana...di sana... Pewangi Badan :
1. Strawberry - S ✅
2. Vanilla - V ✅
3. Bunga Melur - J ✅
4. Bunga Tanjung
5. Paris Hilton
6. Britney Spears Midnight Fantasy ✅
7. Dunhill desire - D ✅
8. Hugo Boss - H ✅
9. Lancome Hypnose ✅
10. Christian Dior - CD ✅
11. Chacarel Amor2 - A ✅
12. Gucci Flora - F ✅
13. Apple Blossom - AB ✅
14. Davidoff - DA ✅
15. Nina Ricci
16. DKNY
17. Bvlgari
18. Chanel 5
19. Escada Rock & Rio ✅
20. Estee Lauder
21. Giorgio Armani
22. Guess
23. Victoria Secret
24. Malaikat Subuh - M ✅
25. Arabic zam - zam
26. Incanto Shine ✅
27. Jannatul Firdaus - JF ✅
28. Kasturi Kijang - K ✅
29. Kasturi Putih
30. Kasturi Hitam
👍Promosi pewangimurah2.....
Harga borong!
Pewangi kereta :
=================================
Modal RM1750 (Untung RM7250)
Anda dapat :
1. 1000 botol 5ml x RM0.95 = RM950
2. 20 Jenis wangian kereta x 250ml x RM40 = RM800
Keuntungan 1000 botol x RM9 - RM1750 = RM7250
=================================
Modal RM500 (Untung RM1300)
Anda dapat :
1. 200 botol 5ml x RM1 = RM200
2. 6 Jenis wangian kereta x 250ml x RM50 = RM300
Keuntungan 200 botol x RM9 - RM500 = RM1300
=================================
Modal RM160 (Untung RM740)
Anda dapat :
1. 100 botol x 5ml x RM1.10 = RM110
2. 1 Jenis wangian kereta x 250ml x RM50 = RM50
Keuntungan 100 botol x RM9 - RM160 = RM740
=================================
Modal RM52
Anda dapat :
1. 20 botol x 5ml x RM1.10 = RM22
2. 1 jenis wangian kereta x 100ml x RM30 = RM30
Keuntungan 20 botol x RM9 - RM52 = RM128
http://pewangiseven.blogspot.my
http://m.facebook.com/pewangimurah2
Jenis bauan Pewangi Kereta :
1. Vanilla, V
2. Lavender, L
3. Sparkling Lemon, SL
4. Honeydew, H
5. Flora/White gold, F
6. Apple Blossom, AB
7. Tutti Fruity, TF
8. Air Pacific, AP
9. Pandan, P
10. Herbal, H
11. Esclade, E
12. CK Air, CK
13. Drakkar, D
14. Love Spell, LS
15. Peach, P
16. Baby Johnson, BJ
17. Grape, G
18. Tropical Punch, TP
19. Island, I
20. Aqua, A
21. After Tobacco, AT
22. Rose, R
23. Sophia, S
24. Pomelo, Po
25. Lemon Lime, LL
26. Mango, M
27. Ocean, Oc
28. Orange, O
29. Strawberry, ST
30. Green Apple, GA
31. Blueberry, BR
32. Marlux, MX
33. Power Lavender, PL
34. Garden, GD
35. Seabreeze, SB
36. Green Tea, GT
37. Mixberries, MB
38. Kiwi, K
39. Sakura, SK
40. Burberries
- pewangimurah2 -
#Pewangikereta #Pewangibadan #Duaratuslimapuluhjenisbau
#Pemborongminyakwangi
#Pemborongkasturikijang
#Pemborongbotolkosong #PewangiKeretaBorong #CarPerfumesMurah
#Belirefilljimatduit #Refilldantester #Carfragrance #Aromatheraphy #Carperfumes
#Bodyperfumes #Doorgift #Freegift #Cenderahati #goodieskahwin
#CarPerfumes as a Doorgift
#Modalserendah RM2 #Agendiperlukan
#BIZpewangidanRefill #Whatsapp 0176760983
#RefillIsianPewangiKereta #40JenisBau
#Saiz250ml #Bolehrefillsehingga65kali!
#Bolehisidlmbotolygdahhabistu...
#Bolehcajpadakwnygnaktambah
#hanyaRM0.32/ml (250ml/1 jenis bau)
Pewangi kereta murah
Pembekal pemborong pati wangian badan
http://pewangiseven.blogspot.my
http://telegram.me/pewangiseven
https://www.instagram.com/pewangi7
https://mobile.twitter.com/pewangi7
https://m.facebook.com/pewangimurah2
Tips berguna!
MACAM INILAH CARA CUKUPKAN DUIT BELANJA SETIAP BULAN.
Seronok tarik barang waktu membeli barang dapur, sekali tengok bil yang kena bayar, terus rasa menyesal. Ini kes ambil barang ikut kehendak!
Adakah anda pernah sedar, berapa banyak bajet keseluruhan yang dibelanjakan untuk membeli barangan dapur dan barangan runcit? Berbelanja membeli barangan keperluan ini memang tidak dapat dielakkan. Tetapi terdapat beberapa cara untuk menjadikannya anda mampu melakukannya.
Berikut adalah tip menjimatkan perbelanjaan membeli-belah barangan dapur dan barangan runcit untuk berjimat...
1. Setiap kali keluar membeli barang, pastikan perut anda penuh. Ini dapat mengelakkan anda kurang membeli makanan ringan atau barang yang anda tidak perlukan. Cara ini juga dapat memastikan anda beli barangan dapur dan barangan runcit yang memang anda perlukan sahaja.
2. Biasakan membuat senarai barang yang ingin dibeli. Kekal kepada senarai itu terutamanya jika anak-anak ada sama ‘membantu’ dalam membeli-belah.
3. Rancang hidangan atau menu makanan untuk seminggu sebelum anda membeli-belah. Beli barang yang ada dalam hidangan atau menu. Mula merancang makanan untuk tiga atau empat hari jika anda rasakan seminggu itu terlalu lama.
4. Beli barang sekali seminggu sahaja. Ini kerana anda cenderung berbelanja lebih jika anda setiap hari ke kedai atau beberapa kali ke kedai dalam masa seminggu
5. Berbelanjalah di kedai yang biasa anda kunjungi apabila berasa letih, stres atau ketika mahu cepat. Anda sudah pasti akan menjumpai barangan yang diperlukan dengan cepat dan mudah.
Rancang terlebih dahulu barangan dapur!
1. Rancang hidangan atau menu makanan supaya anda ada makanan lebih yang boleh dijadikan bekalan untuk makan tengah hari keesokan harinya. Atau sejuk beku makanan lebih untuk dijadikan hidangan cepat pada hari-hari berikutnya.
2. Buat bekal sendiri. Beli makanan ringan atau salad dalam kuantiti besar. Bungkus dan jadikan bekal yang boleh dijadikan sebagai makanan segera yang mudah dibawa ke mana sahaja.
3. Bersih dan susun peti sejuk dan almari menyimpan makanan sebulan sekali. Guna barang yang anda beli dan masih ada dalam simpanan sebelum anda membeli barang baru. Ini juga dapat mengelakkan anda daripada membeli barang yang sama yang masih ada dalam simpanan.
4. Jika anda menyimpan barang atau makanan, periksa tarikh luput makanan itu bagi mengelakkan anda mengguna atau menyimpan barang atau makanan yang tidak boleh digunakan lagi.
5. Luangkan masa sekali seminggu untuk mencuci dan memotong sayur-sayuran dan buah-buahan. Ini akan mempercepatkan penyediaan makanan. Cara ini juga boleh membantu anda menyediakan snek atau makanan ringan yang mudah dibawa ke sana-sini.
Beli barang secara bajet!
1. Jangan beli makanan ringan kerana ia lebih mahal dan kurang menyihatkan.
2. Jadi kreatif dan cuba makanan baru. Anda mungkin bertemu dengan makanan murah yang anda suka.
3. Membeli-belah dengan kalkulator dapat membantu anda mengetahui jumlah wang yang perlu dikeluarkan untuk membeli barang. Jika anda membeli-belah dengan anak-anak, berikan mereka kerja untuk mengira berapa banyak yang dibeli. Cara ini juga dapat membantu anda merancang dalam berbelanja.
4. Beli barangan yang tidak boleh dimakan seperti sabun basuh atau beg sampah di kedai yang menawarkan harga murah.
5. Sentiasa periksa harga barang untuk mengetahui sama ada barang tersebut ada tawaran harga murah atau diskaun. Jika ada kupon, boleh gunakan. Anda juga boleh menggunakan apps membeli-belah yang terdapat dalam telefon pintar anda.
Ahadiat Akashah Kairuddin Akashah (44) adalah seorang novelis remaja di Malaysia. Beliau kelahiran Kampung Gombak Tambahan, Gombak, Selangor.
Beliau diiktiraf sebagai penulis novel terbanyak di Malaysia oleh Malaysian Book of Records (86 buah buku). Beliau juga dikatakan novelis terkaya di Malaysia hasil penjualan novel.
Ahadiat merupakan graduan aliran Komputer Perniagaan dari City and Guilds of London Institute, United Kingdom. Beliau menceburi bidang penulisan novel sejak 1985. Namanya melonjak naik setelah novel remaja 'Budak Setan' diterbitkan pada 1995.
Novelnya terpilih menjadi teks Komsas iaitu Komponen Sastera Dalam Pengajaran Bahasa Melayu (Komsas) pada 2007. Kemudian menubuhkan syarikat penerbitan Roket Kertas Sdn. Bhd.
Filem Lagenda Budak Setan – The Movie pada 2010 adalah berdasarkan novelnya Lagenda Budak Setan.
Moga jadi Inspirasi!
7-Eleven
7-Eleven diasaskan pada tahun 1927 di Dallas, Texas, Amerika Syarikat, apabila seorang pekerja Southland Ice Company, Joe C. Thompson, mula menjual susu, telur dan roti dari sebuah dok ais.
Lokasi asalnya merupakan hadapan kedai yang diubahsuai di Southland Ice Company, sebuah kilang pembuatan ais. Sungguhpun adanya kedai runcit kecil dan perniagaan am di kawasan sekeliling, para pengurus kilang ais mendapati bahawa penjualan "barang serbaneka" seperti roti dan susu memang popular.
Maka, terbukalah beberapa cawangan 7-Eleven di kawasan Dallas. Mula-mulanya, kedai-kedai ini dibuka dari 7 pagi hingga 11 malam, iaitu tempoh perniagaan yang agak panjang pada waktu itu, maka demikianlah nama kedai ini. Syarikat ini mula menggunakan nama 7-Eleven pada tahun 1946. Menjelang tahun 1952, 7-Eleven membuka kedainya yang ke-100.
Pada tahun 1962, 7-Eleven mula menguji penjadualan 24 jam di Austin, Texas. Pada tahun 1963, kedai 24 jam dibuka di Las Vegas, Fort Worth dan Dallas.
Pada zaman 1980an, syarikat ini mengalami masalah kewangan, menjual bahagian aisnya, dan telah diselamatkan daripada bankrup oleh Ito-Yokado, francaisnya yang terbesar. Pada tahun 1987, John Philp Thompson, CEO 7-Eleven, telah melengkapkan $5.2 bilion pembelian pengurusan syarikat yang bapanya menjadi pengasas.
Pembelian balik itu mengalami kesusahan daripada kejatuhan pasaran saham 1987 dan selepas kejatuhan untuk menaikkan hutang kewangan, syarikat te;ah menawarkan sebahagian daripada saham syarikat sebagai satu permulaan untuk melabur di dalam bon syarikat.
Syarikat Jepun telah berjaya mendapat kawalan saham pada tahun 1991,[8] semasa Japanese asset bubble awal 1990an. Ito-Yokado membentuk Seven & I Holdings Co. dan 7-Eleven telah menjadi salah satu subsidiari pada tahun 2005. Pada tahun 2007, Seven & I Holdings telah mengumumkan yang mereka akan mengembangkan operasi di American, dengan penambahan 1,000 stor 7-Eleven di A.S.
==========================================
francaisor, pelesen, dan pengendali rangkaian kedai serbaneka antarabangsa yang juga, sejak Mac 2007, menjadi rangkaian kedai terbesar dalam semua kategori setelah mengatasi McDonald's dengan 1,000 cawangan.
Kedai-kedainya terletak di 18 buah negara, dengan pasaran-pasaran terbesar di Jepun, Amerika Syarikat, Taiwan dan Thailand.
7-Eleven ialah anak syarikat Seven & I Holdings Co. di Jepun.
antara tawaran-tawaran 7-Eleven termasuk produk label persendirian, termasuk Slurpee, iaitu minuman separa beku yang diperkenalkan pada pertengahan 1960-an, dan Big Gulp, iaitu minuman ringan yang diisi dalam cawan besar yang bersaiz antara 20 dan 64 auns bendalir.
Kedai-kedai 7-Eleven di Malaysia dimiliki oleh Convenience Shopping Sdn. Bhd. (CSSB) yang kini mengendali kira-kira 800 buah kedai di seluruh negara dan berancang untuk mengembang sehingga 1000 cawangan. 7-Eleven di Malaysia ditubuhkan pada 4 Jun 1984 oleh Berjaya Group Berhad.
Dianggarkan terdapat 30,000 cawangan 7-Eleven di seluruh dunia!
Moga jadi Inspirasi & semangat utk berjaya Dunia & Akhirat. Aamiin...
Sejak 2004 saya seorang jurugambar perkahwinan. Saya bersara dari fotografi perkahwinan kira-kira 3 tahun yang sudah kerana menguruskan pelbagai perniagaan-perniagaan yang ada. Namun, sepanjang tempoh itu, saya pernah berada dalam majlis perkahwinan dengan bajet tak sampai RM3000 dan juga majlis perkahwinan bernilai RM60 Juta (Saya tak boleh nyatakan siapa tapi yang penting bukan perkahwinan yang banyak bunga-bunga tu).
Saya suka nak cerita tentang perkahwinan harga RM3000 tu. Ketika itu, rate saya baru RM1000 untuk 1 majlis. Perkahwinan ini berlaku dengan ringkas sahaja. Si Lelaki dan Si Perempuan bertemu dan suka sama suka. Lelaki itu terus tanya Si Gadis
Lelaki : Nak kahwin dengan saya?
Gadis : Boleh juga
Lelaki : Tapi low bajet tau
Gadis : Lagi baik.
Maka mereka mengisi borang nikah dan masuk kursus kahwin. Si Lelaki bercerita kepada saya yang dia pergi merisik sendiri Si Bapa Gadis. Nampak macam tidak sopan tetapi sebenarnya bukan niat nak merisik, sebenarnya nak jumpa ibu bapa Si Gadis yang merupakan seorang guru.
Terus terang ditanyakan kepada ibu bapa Si Gadis dengan terus terang yang beliau mahu menikahi anaknya. InsyaAllah katanya beliau mampu untuk menjadi suami yang baik cuma tidak mampu belanja perkahwinan yang mahal. Katanya, tidak guna perkahwinan yang mahal jika selepas kawah telangkup semula, hutang mula mahu dibayar. Tak guna belanja perkahwinan mahal jika masa mengumpul terlalu lama dan bukan sekadar duit berjaya dikumpul, dosa juga makin lama makin terkumpul. Mula-mula dosa kering lama-lama jadi dosa basah.
Katanya, beliau nekad kalau ibu bapa Si Gadis tak setuju, beliau rela jika tidak memperisterikan gadis itu. Rupanya, mudah bagi Si Bapa Gadis menerimanya hanya kerana tidak mahu anak dan bakal menantunya terus menerus mengumpul dosa.
Terus dikatakan kepada Si Lelaki….”Panggillah orang tua-mu bakal menantu-ku”
Maka datanglah ibu bapa Si Lelaki pada keesokannya dengan sebuah kereta. Ibu dan bapa beserta sebuah dulang berisi cincin dan sirih junjung buat sendiri diiring adik beradik dengan pakaian baju melayu dan kurung ringkas tanpa jade dan permata juga lampu liplap blink blink hari raya. Terus hantar tanda maka bertunanglah mereka berdua mengikut adat dan terus ditetapkan tarikh langsungnya sebulan kemudian.
Saya berada semasa pernikahan dan perkahwinan yang berlangsung di Negeri Kedah. Memang mereka pun jenis orang Utara kahwin orang Utara. Cuma lain-lain kawasan sahaja. Pernikahan dibuat di surau berhampiran rumah SI Gadis. Ringkas sahaja tanpa dulang belulang. Maskahwin dan cincin semua dalam 1 dulang. Cincin belah rotan sahaja tanpa solitaire permata dan platinum. Dan cincin itu juga diakad sebagai maskahwin.
Hadiah perkahwinan sekadar telekung, sepasang baju kurung, sirih junjung yang wajar-wajar sahaja. Menariknya, hantaran itu tidak letak atas paha tembaga pun, sekadar dalam dulang biasa sahaja. Si Gadis pula mengenakan solekan sendiri. Ringkas sahaja tanpa lebam mata dan lebam pipi. Sekadar mengenakan sedikti lipstick dan bedak tipis. Baju kahwin katanya baru semalam beli di Mydin yang dah siap.
Sekali lafaz, sah!
Balik terus ke rumah Si Gadis ada 1 khemah sahaja dengan rakan-rakan sekampung terdekat sekitar 100 orang yang datang meraikan. Selepas makan semua beredar dan majlis pun tamat.
Minggu berikutnya Si Lelaki mengadakan doa selamat ringkas di rumahnya dengan ahli qariah tempatan sahaja yang bertamu. Saya pula dijemput sebagai kawan dan saya terpaksa datang kalau tak nanti mahu berpatah arang. Dah lah saya datang sebagai tetamu, dia bagi ayat power “Aku tak harap hadiah apa dari hang pol…hang ambik gambaq aku pun dah sempoi habess”.
Aku terjerat. Tapi aku OK sahaja. Aku happy dan aku rasa dia pun bukan ada duit sangat. Pelamin pun pakai sofa dalam rumah, hias lebih kurang itupun untuk buat tempat ambil gambar.
Semasa itu saya masih bujang. Dan saya tanyakan beliau berapa kos perkahwinannya? Dia kata tak habis RM3000. Cincin RM300 (maskahwin), cincin tunang (RM300), belanja kenduri perempuan RM1000 dan belanja kenduri lelaki RM800 dan baki tu beli baju baru.
Dia berjaya inspire saya untuk berkahwin tanpa hutang. Alhamdulillah, saya berjaya kahwin setahun selepas dia kahwin. Ayah Mertua saya bila ayah saya tanya berapa hantaran lalu ayah mertua saya jawab “Itu biarlah anak-anak yang tetapkan…saya terima sahaja”.
Lawatan saya yang pertama selepas perkahwinan mereka ialah semasa mereka menetap di Flat Taman Datuk Senu. Minggu lepas saya berjumpa mereka tinggal di Bangi. Si Isteri tidak bekerja kerana menjaga 4 orang anak dan suaminya antara salah seorang Engineer Consultant di firma antarabangsa Oil & Gas di KLCC. Rumahnya besar untuk dia menjaga ibu bapa dan mertua yang selalu bertandang melihat cucu. Dengan gaji RM3,000 sehari beliau masih sederhana dengan sebuah Proton Waja untuk bekerja dan sebuah Toyota Alphard untuk kegunaan keluarga.
Dia bukan kedekut, tapi dia berbelanja berhemah dengan bajet surplus.
Jika orang biasa boleh bertanding terus jawatan Perdana Menteri, saya suka untuk calonkan orang begini menjadi Perdana Menteri. Bukan tidak boleh berbelanja cuma beliau berbelanja pada yang perlu.
Ada saudara terdekat saya kahwin pakai hutang Bank Rakyat. Dah 2 tahun bercerai walaupun masa wedding dulu sweet macam nak nangis tengok video presentation ala-ala Hollywood tapi dibayar guna duit loan. Lagi teruk, hutang kahwin masih perlu dibayar ansurannya walaupun sudah 2 tahun bercerai.
Tak salah nak buat grand-grand dengan bajet sebesar 1MDB jika mampu. Setiap orang kan ada kemampuan mereka yang tersendiri. Yang kaya nak merendah itu tak ada salahnya, yang rendah nak meninggi macam Si Kaya itu yang akhirnya dikejar hutang.
Ukur baju badan sendiri. Jangan ikut orang lain. Perkahwinan sebenarnya mudah cuma kita ni sahaja yang takut sangat hilang status sosial. Bila sebut pasal kahwin soalan berapa tetamu? berapa khemah? berapa dulang? di ballroom mana? designer mana? hire saiful nang ke? dan banyak lagi untuk status sosial semata.
Rahsiakan pertunangan dan umumkan pernikahan walaupun dengan seekor kambing – hadith.
Dalam Islam, mudah sahaja.
Kita yang buat jadi susah.
Dalam islam rukun nikah ada 5 sahaja.
Busana Rizalman, fotografer Saiful Nang, venue Garden, kenduri 25 khemah semua itu bukan rukun nikah.
Jodoh terbaik anda ialah mereka yang mengutamakan pernikahan berbanding status sosial dalam perkahwinan.
Selamat mencuba!
SN
Subscribe to:
Comments (Atom)
.
